Sunday, August 31, 2008

Ramadhan Al Mubarak





1hb September 2008/1 Ramadhan 1429H.

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan kembali lagi. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W. Aku bersyukur kehadrat ilahi kerana dipanjangkan usiaku utk bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Disini..ingin aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada kawan-kawan ThecRew. Moga -moga pada Ramadhan kali ini kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan dari yang Maha Esa. Kawan-kawan...jika pada Ramadhan yang lalu kita berasakan yang kita kurang beribadah...kali ini kita tekadkan hati dengan niat kerana Allah utk memperbanyakkan ibadah seperti bertarawih penuh sebulan, bertadarus, bersedekah dan ibadah sunat yang lain. Dalam pada itu jangan pula kita lupakan ibadah wajib iaitu sembahyang berjemaah 5 waktu. Tiada makna jika kita melakukan ibadah sunat tetapi yang wajib kita tinggalkan. Tidak lupa juga, sebagai menghormati bulan yang mulia ini, peliharalah deria kurniaan Allah S.W.T kepada kita. Jagalah penglihatan, pendengaran, percakapan dan kelakuan dari perkara-perkara maksiat. Kawan-kawan, sebagai menghormati bulan yang mulia ini, aktiviti memancing kita dihentikan buat sementara waktu. Jangan lupa, selepas selesai kita mengharungi ibadah puasa kita akan teruskan dengan trip memancing seperti yang telah dirancangkan. Kita masih ada 2 trip memancing bagi tahun ini. Insyaallah, jika tidak ada aral melintang, kita akan bersama-sama lagi pada trip tersebut. Akhir kata, "Ya Allah, tetapkan iman kami, tetapkan hati kami untuk berpuasa keranamu Ya Allah. Ya Allah, berilah keampunan dan keberkatan pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami". Amin

1 comment:

eda said...

Selamat Menyambut Ramadhan juga untuk semua....