Sunday, August 10, 2008

Lagi Trip Memancing Di Perairan Pekan

02hb Ogos, 2008.



Kalau nk diikutkan ini trip penutup tirai thn 2008 tp ade ahli crew yg tak puas hati dgn pencapaian mereka pd trip ni meminta supaya dibuat satu lg trip.Emm..nntlah TheCrew fikirkan. Mungkin bulan Oktober masih bleh kita ke laut kot. Pada 2hb Ogos br ni, aku dan geng2 TheCrew sekali lg turun ke Perairan Pekan untuk mencabar ikan2 kt ctu. TheCrew yg turut serta kali ini ialah aku, mossen, Hizam, Boy dan Khairul.Emm..ade lagi...6 org pemancing jemputan TheCrew iaitu sedara mara Hizam, member mossen dan member aku. So jumlah semua sekali ialah 11 org menyertai trip nih.
Untuk trip ni kami menaiki 2 bot yg dikendalikan oleh 2 tekong iaitu tekong Ah Hong dan tekong Pak Mat. Seperti biasa selepas mengambil umpan udang hidup, kami pn bertolak ke Pekan. Kami berhenti sarapan di Restoran Hj Latif(emm...kedai ni lagi). Selepas membeli sedikit kuih-muih utk makan di atas bot kami pn bertolak ke jeti.
Bot da sedia menanti.Kami berpecah kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan diketuai oleh Hizam dan Khairul membawa lima pemancing lain menaiki bot tekong Ah Hong. Manakala aku, Mossen, Boy dan En Mukhtar menaiki bot tekong Pak Mat.
Setelah selesai memunggah beg dan peralatan, kami pn memulakan perjalanan. Emmm...bot tekong Ah Hong jauh meninggalkan bot aku menuju ke lubuk rahsia. So...sampai kt cni je la aku dapt cerita pasal bot Ah Hong bersama kaki2 pancing yang berada dlm bot tu.hehe. Bot bergerak laju menuju muara Sg. Pahang. Angin bertiup kencang. Aku mula berasa tak sedap hati dengan kelajuan angin pada pagi tu. Sebelum bot kluar dr muara, Boy menghampiri aku dan berbisik bertanyakan tentang beg kuih muih yang kami bungkus tadi.Emm..da sah ttinggal dalam keta. Aduuuuu...blapor la kami sampai ke petang. Nasib baik air minuman kami tak tinggal. Masuk ni da 2 kali kami ttinggal makanan. Bezanye pada trip kali ni kami memang da beli tp tlupa. Dulu tlupa beli terus. Hampes ko Boy. Sampai dimuka muara aku da terasa gelombang yang kuat. Bot terumbang ambing menempuh gelombang yang tak henti2 menempuh bot. Boy mengangkat kening kepada aku. Aku terus diam. Mmg pada pagi tu keberaniaan dan keyakinan aku betul2 terletak pada tekong Pak Mat. Aku lihat dia tenang mengawal bot.

Pak Mat terus memandu bot kluar dr kawasan cetek. Dia kata kami akan dibawanye terus ke kawasan air yang dalam dahulu iaitu di kawasan lubuk bayan. Lebih kurang sejam menempuh gelora, kami sampai di lubuk bayan. Gelombang masih kuat sehinggakan nk berdiri pun susah. Tekong Pak Mat mengarahkan kami menukar perambut ke perambut saiz 70lb dan mata kail saiz 6/0. Ini kerana saiz bayan yang kasar di kawasan ini. Dengan menggunakan umpan ketam kami mula memancing bayan. Akibat dr gelombang yang kuat aku da mula rasa pening. Emm..takkan kantoi kot kali ni. Tapi aku tak rasa nak muntah. Puas aku tahan tp akhirnye aku mengambil keputusan utk tido sekejap kerana aku yakin ni mesti sebab aku tk cukup tido mlm td. Boy dan Mossen da mula menganjingkan aku hehe. En Mukhtar aku puji sebab steady je walaupn da lama tak turun ke laut.
Lama jgk aku tido. Aku rasa ade la dekat2 sejam. Aku bangun dan rasa pening td da hilang. Aku lihat da byk sotong mengabang dicandat oleh Pak Mat. Emm..masih belum ade bayan dinaikkan. Aku terus menggulung pancing untuk menukar umpan. Boy dan Mossen pn berbuat begitu. Kami memasang umpan yang baru dan mencampak kesasaran. Gelombang da terasa reda apabila menghampiri tengahari. Kami terus menunggu. Semasa kami bbual-bual kosong itulah rod mossen disentap kuat hingga melengkung. Pak Mat menjerit.."Bayannnnnnn". Mossen menerkam rod dan bertahan. Tali sulam meluru keluar dari kekili. Mossen mula mengepam tetapi ikan terus melarikan umpan. Lebih 20 minit kelibat ikan mula nampak memutih di dalam air...besar. Mossen tenang mengawal. Akhirnye...jelas kelihatan bayan keletihan timbul di permukaan air. Kami bersorak gembira. Mossen lagi la...suka sampai ke telinga la. Aku dan boy rasa tercabar, hehe. Kami mula memasang umpan ketam semula. Da dekat sejam, umpan kami tidak juga disentuh oleh bayan. Pak Mat mengarahkan kami berpindah. Kali ini Pak Mat membawa bot lebih jauh ke tengah...ke lubuk ebek, jeng jeng jeng. Sampai di lubuk tersebut tanpa melengahkan masa kami memasang umpan udang hidup. Aku dan boy mengambil tempat di blakang bot. Mossen di bahagian tengah. Kami menanti dgn penuh sabar. Mmg itulah sebenarnye keistimewaan memancing iaitu menguji kesabaran diri. Dalam pada kami berangan mendapat ikan, sekali lagi kami di kejutkan oleh drag joran Mossen. Rod bergegar.huh...Mossen lagi. Mmg hari Mossen ari ni. Sekali lg Mossen bertarung. Aku dan boy menjadi penonton dan memberi semangat kpd Mossen. Kami menggulung rod masing2 memberi Mossen laluan utk bertarung. Aku sudah dapat melihat kelibat ikan. Mak oiii..besar lagi ikan nih...tp ikan apa ni ekkk!!!. Ikan semakin hampir. Pak Mat bersedia dgn gancu. Apabila ikan berada di birai bot, Pak Mat terus menggancu. Nahhh ko!!, ebek kapak rupanye. Senyum Mossen makin sampai ke siteburn. Korang tgk pic tu...Boy kat blakang tu tengah frust sb dr td kunyit je dia naikkan, hehe. Keadaan kembali tenang. Kami memasang umpan lagi. Mossen da start eksen doh. Aku masih lagi bersabar. Sedang aku meneguk air coke ( air je la sb makanan takde ) rod aku di rentap ikan. Huh..akhirnye. Aku menerkam rod aku. Aku merasa tarikan ikan. Pada mulanye ikan melawan kuat. Aku mengawal pergerakkan ikan sehingga aku dapat melihat kelibat ikan. Tak sebesar Mossen. Ebek Bulat rupanye. Korang tgk boy kat blakang tu makin bengang..kekeke. Cantik ek ikan nih hehe. Sedang kami meraikan kejayaan kami, kecuali boy dan En mokhtar la hehe, Pak Mat kat depan bot plak bertarung. Kami menanti dgn penuh debaran. Pak Mat ni otai so rilek je dia bermain ngan ikan tuh. Mulanye kami ingat ebek kapak lagi, rupanye bila diangkat ke atas bot ikan sagai rupanye. Bleh tahan besar, sama saiz ngan ebek kapak. Boy makin tension. Angin kembali bertiup kencang. Gelora kuat kembali terasa. Pak Mat memandu bot ke kawasan berbatu karang pula. Arus bergerak laju. Satu petanda ikan sukar untuk dipancing. Berkali-kali umpan udang hidup habis tp ikan tidak juga sangkut. Hanya bermain appolo dapat menaikkan ikan. Itupn hanya ikan delah dan kunyit aje. Kerapu yang kami dpt pn tk sebesar mana. Akhirnye hari pn da petang, lebih kurang kul 5.00, umpan udang pn da abis dan keadaan laut yg kembali gelora kami mengambil keputusan untuk balik ke jeti. Pak Mat memandu bot laju menghala ke muara sg Pahang. Hampir pukul 6.00 kami sampai ke jeti. Bot Ah Hong masih belum sampai ke jeti. Nampaknye memang kami yang awal balik. Kami mengemas dan menurunkan barang dr bot. Sementara menanti kawan2 dr bot satu lagi kembali, kami membersihkan peralatan pancing dan memasukan barang2 ke dalam kereta. Aku mengeluarkan makanan yang tertinggal pagi td. Sekejap je kami semua belasah abis. Maklum la lapo. Pukul 6.30 pm barulah kelihatan bot Ah Hong menghampiri jeti. Aku lihat muka2 kawan2 aku dlm bot tu lesu semcm je. Aku bertanya pada anas macamana hasil pancingan. Barulah aku tau drpd 7 pemancing 5 org tumbang kerana mabuk termasuk la Hizam dan Khairul. Huh..memalukan theCrew je. Tapi aku tau, Hizam mmg demam tp terpaksa turut serta kerana membawa sepupu2nye. Khairul pulak...emmm...da besa da mabuk sokmo. Tangkapan mereka takla sehebat kami, tapi mereka byk dapat kerapu. Kami membantu mereka berkemas. Setelah menyelesaikan bayaran sewa bot aku mengajak mereka makan tp Hizam hendak cepat pulang ke Temerloh. Maka kami mengambil keputusan untuk balik ke Kuantan terus. Hmmm..kesimpulan dr trip ni...da tentu la menyeronokan bg mereka yg dapat ikan. Bagi kawan2 aku yang tumbang kerana mabuk n yang tk dapat bermain ikan besar jgn la kecewa. Insyaallah trip akan datang kita akan tebus dan lebih bersedia. Kepada Mossen, aku salute ko. Mmg hari ko. Hari lain kita tgk sapa lak nnt. Emm..bagi boy...jgn kecewa ek...kunyit pn ikan jugak...kekeke. SEKIAN.

39 comments:

Nizzy Da Dizzy said...

sian boy.... xpe bro next time kita repeat!!!

The Anglers Crew said...

Ye lah.. kita repeat kat nenasi lak lepas nih... Mengidam 2 hari 1 malam.. tapi bukan 2 hari 1 malam ngan engin bot rosak! kakaka

azzasha said...

Tu laa...lain kali tanya la petua mabuk laut dengan azzasha the red bass. air halia bang air halia...terbukti di setiap trip memang berkesan utk menhindari mabuk laut. cehh..

Dee Radiah said...

ha ha ha...air halia ek...ingat lagi suatu pagi ahad, dgn berbekalkan sebotol mineral air halia, pastu naik bot suku jalan, ada mende kat bot rosak...

Ni baru besh, ikan besor2 dapat...pesal ikan tu nama ebek, tak glamer...

The Anglers Crew said...

Penangan air halia lah tu kena tipu ngan pak wahab.....gps rosak konon... last2 hizam buat fear factor...hahaha...

azzasha said...

tu air kenc*ng tekong bot...sbb tu GPS rosak..he..he.he..nama ikan tu ebek sbb bentuk dia mcm air bag.

eda said...

last pic tu cantik la view
btw apa maksud "menganjingkan"..thecrew?

ThecRew said...

emm..eda darling...menganjing tu lebih kurang cam mengutuk la..hehe.bila darling nk ikut man mancing??

ThecRew said...

dear dee...doh nama ikan tu ebek takkan nk pggl ramli lak...emm..pok wahab tu daddy angkat boy...kekeke...kira konspirasi la tu gps rosak...

eda said...

oic...hehe apasal guna menganjing tak mengkucing ke hehe..ish..bila nak ikut asyik tak bagi je...so next trip after raya boleh ke darling??

The Anglers Crew said...

Lepas ni kita plan ke Nenasi.. Kasi mencabar sikit... Layan Layaran lagi...

eda said...

after raya dah dekat musim tengkujuh..laut x bergelora ke masa tu...

The Anglers Crew said...

Tu baru lah cabaran nama nya.. klu nak tenang gi mancing kat kolam jer.. Ikut ramalan tengkujuh bulan 11...

eda said...

Ye lah cabaran...jgn pening dah la ye...man...

Dee Radiah said...

Ni ruang mengomen ker mengechat..tu lah, org dah suh create "Chat Box"...tanyalah org IT tu...lagi se, darling konon...skali kene cantas baru tau...kuang kuang kuang

Azzad Arumie said...

TheCrew, Aku mencadangkan untuk kita turun memancing pada 19hb Oct 2008.. Bila leh start meeting?

eda said...

uikk...dah kena sound ker...hehe...

ThecRew said...

dee....sabo dee...jgn la nk cantas2...nnt thecrew buat chatbox ek...

ThecRew said...

terimakasih atas cadangan saudara azzad.nnt thecrew akan pggl meeting.br2 ni sy ade berbincang dgn hizam pasal trip ke taman negara kuala tahan.nnt saudara azzad bleh la join kami.

eda said...
This comment has been removed by the author.
Azzad Arumie said...

Taman Negara kita ergi musim tengkujuh.. Kita cari juara kelah lak lepas ni.. pehal lk ada mesg kena delete tu

Dee Radiah said...

Mesej sape lah yg kene cantas itu...

azzasha said...

huhuhu....ni dah jadi ruang chatting..ceh..dee...bila awak jadi commander? musin tengkujuh kalau gie taman negara mancing balak je laa...air laju bang...kita mancing muara penor jee...tak pun kita gie mancing langkawi...sana ujung tahun bukan musim tengkujuh...

Nizzy Da Dizzy said...

hai kat sini pun comment kena cantas? ingat kat blog khir toyo je comment kena cantas.

To the crews : 2 hari 1 mlm bot tak rosak kena make sure bot enjin petrol.

To azzasha : Air halia mmg power! tp jgn la kentut byk sgt.. lari ikan

To dee radiah : jgn la cantas2... pegi http://www.esnips.com cari lagu suratan takdir - gersang. tu lagu zaman2 the crews, azzasha, eda la tu..

To eda : menganjing pun tak tau? patut kena naik bas darulmakmur 36 tak pun bas kak mimi baru tau menganjing tu apa

To azzad : ko ni asyik nak memancing je.. dapur tak berasap dah tu.. hehehe lapor ni!

To the crews : ntahnya! boring la blog ni.. takde shoutbox takde chatbox.. hambar je..

Nizzy Da Dizzy said...

wuishh skang sume dah pandai letak gambor yeh!? power2..

Nizzy Da Dizzy said...

Taman Negara? lupakan la niat suci murni the crew! Ya dah pegi!! memang tak tercapai akalmu kat situ payah nak dapat ikan. apatah lagi musim tengkujuh. Ni dak geografi fail nak kabo. jgnkan musim tengkujuh air laju, musim biasa pun ujan melimpah ruah, air mcm jet... kan tu kawasan tadahan air! ceh!

~below average angler, the one and only shaggyea~

eda said...

YA, kitaorang x layan lagu suratan takdir..kitaorg layan lagu intanku kesepian, gadisku je..man? hehe..lan lak layan lagu alleycats hehe
Kak mimi tu siapa? Bas darulmakmur 36 lagilah tak tahu..

Nizzy Da Dizzy said...

ceh.. jgn nak poyo!.. cuba nyanyi Taman Rashidah Utama sket.. huhuhuhu.. ke lagi Kawan - Ruhil Amani Hussien!

eda said...

Ceh Ya..Maksud eda lagu suratan takdir tu memang zaman kitaorang cuma tak minat je...Dah balik zaman silam ni..taman rashidah utama..misteri mimpi syakilla..rock kapak huhu

eda said...

Balik kuantan setahun 3-4 kali je..manalah nak tahu bas kat sana bas apa

ThecRew said...

Assalamualaikum,
Minta tolong kpd semua pemberi komen...tlg bertenang....berila idea bernas..jgn la cerita yg bukan2 k. Satu lagi...siapa yg beri kelulusan utk cantas komen org lain???minta tlg ye.Utk ahli thecrew...atas permintaan abg abas, bulan oktober ni dia minta kita buat trip ke kenyir.so ahli thecrew..sila semak cuti masing2 n beri keputusan utk menyertai ke tidak.

Azzad Arumie said...

Hmm.. Kenyir ikan Bayan n ebek ada ker? Berapa hari bulan?

Nizzy Da Dizzy said...

takde pun shoutbox.. tipu la awok ni man..

Owh xleh nak off topic ye.. ok ok.. baik Web Master!

Kenyir? mcm best.. Oktober bukan raya ke?

Azzad : Kenyir xde ebek n bayan.. tp klo toman besar peha ada la.. tye la man! smpi patah joran dia.

P/S: Kat Sg buloh ni ada tasik. kt kundang.. jom la ngail ikan belida!

-the one and only shaggyea, below average angler-

Nizzy Da Dizzy said...

takde pun.. :(

ladahill said...

takde citer pun pasal spool patah, hahahaha, dah ganti baru ke?

Azzad Arumie said...

Baru Ebek bulat naik dah bersepai.. Gambar arman terdampar pun ada nih...

azzasha said...

weehhhh...senyap dah ke comment

azzasha said...

laaa..napa tak masuk lak commnent niee

azzasha said...

alloooooo