Tuesday, August 5, 2008

Nostalgia 2 : Batu Berhala

Jun, 1999.



Hampir semua ahli ThecRew menyertai trip ni kecuali Khairul. Tempatnya digantikan oleh abg ipar aku, abg Abas. Memang seronok bila semua ahli dapat berkumpul dan memancing bersama. Abg Abas pun seorang pemancing tegar cuma kesibukan dia bekerja kadang-kadang menghalang dia dari aktiviti memancing nih. Tapi aku percaya dia takkan melepaskan peluang bersama kami bila ade kelapangan. Tekong kami pada trip ini ialah Pok Mat Megi dari Nenasi, Pekan Pahang. So kami akan berkumpul dan berlepas dari jeti Nenasi. Padang pancing kami ialah Batu Berhala di perairan Nenasi. Pada pagi Sabtu,seawal pukul 5 pagi kami bertolak ke Nenasi. Sebaik kami tiba di perkarangan chalet Pok Mat telah sedia menunggu kami. Pok Mat memberi kami kunci sebuah bilik di chalet beliau untuk kami solat subuh dan menyimpan barang-barang.Semua tu termasuk dalam package. Selepas solat pok mat telah menyediakan sarapan pagi utk kami semua. Pukul 7.00 pagi,setelah selesai memunggah peralatan pancing bot pn bertolak keluar dari muara sg nenasi. Cuaca pada pagi itu ok dan keadaan laut linang.
Dalam perjalanan ke Batu Berhala, tekong berhenti di beberapa unjam. Kami mula memancing menggunakan apolo untuk mencari selar, kerisi dan kembung. Ikan2 ni nnt boleh jugak digunakan sebagai umpan hidup. Sotong mengabang pn byk kt kawasan ni.
Lebih kurang sejam kt kawasan unjam tak sedar tong da penuh ngan kerisi, selar dan sotong. Tekong beralih ke kawasan berbatu karang. Kat situ kami memancing kerapu dan beberapa spesis ikan lain.
Setelah puas memancing kt situ..ikan pn da kurang makan..pok mat pun menghidupkan enjin bot menuju ke Batu Berhala. Cantikkan pulau Batu Berhala. Tak la besar mana tp air kat kawasan ni dalam dan byk ikan-ikan predator kt kawasan ni. Lan, mossen n hizam mengambil tempat masing-masing utk bermain umpan hidup. Mereka ni semua kaki umpan hidup.
Tak byk kami dpt hasil kt sini. Kami tk berjaya dapat tenggiri. Hanya ikan tenuk (barracuda) je.

Lebih kurang kul 3 ptg, kami bergerak meninggalkan pulau Batu Berhala. Kami sampai di jeti lebih kurang pukul 6.30 ptg. Sebelum balik ke Kuantan, sekali lg pok mat menjamu kami dgn makan ptg. Terimakasih pok mat atas layanan istimewa nih. Kami sampai di Kuantan da pukul 8 lebih. Kami berkumpul kat rumah aku utk sesi pembahagian ikan-ikan. Emm..korang tgk pic tu, kak long aku tu beria-ria je tengok ikan..cam la dia kenal ikan ape..hehe. So..trip ni mmg menyeronokkan.Thanks kawan-kawan kerana meluangkan masa utk memancing bersama-sama.SEKIAN.

11 comments:

The Anglers Crew said...

Nostalgia betul betul masa tu... air linang gilos...tapi ada gak yang terkantoi.... Bila lah dapat memancing dalam keadaan ari camtu... baru tenggiri menyambar! hahaha..

Nizzy Da Dizzy said...

Power! bila lagi nak repeat ngan pok mat? rindu bunyi bot n bau asap diesel dia...

~The one and only ShaGGYea. Below average angler~

Nizzy Da Dizzy said...

Abang Abas teman memancing yang istimewa, Bro Lan teman memancing yang cool (walaupun tali jd sarang burung) Bro Man teman memancing yang kelako!

azzasha said...

Tu belum masukkan nostalgia 3 batu berhala. Enjin bot rosak 2 hari tak balik....

Dee Radiah said...
This comment has been removed by the author.
The Anglers Crew said...

Aik.. dalam nih pun ada gosip2 ka...hahaha... terlepas ambik gambar kerol tidor peluk layaran..

azzasha said...

aisehhh..ni gossip mana lak? yg cerita masa kak long kawin dulu ada ustaz yg nak join kaum kerabat..la nie mat maggi nak join jugak? ke dua-dua on? jeng-jeng jeng..

p/s: kalau diskaun 50% ke free ke, setakat lubuk dapat cucu ikan mcm man pegang tu...tak payah lee...mabuk free je.

Dee Radiah said...

kah kah kah...betoi tu, kalu setakat kantoi kat tgh laut tu baik takyah...harubiru semalaya. Beli ler bot sendiri...hehehe...

Abah said...

Salam,
Next aktiviti kalau saya nak ikut boleh ka?..
Ni kawan lama mossen ni.. :D

ThecRew said...

theCrew sentiasa terbuka utk sesiapa nak join kami memancing.kita sama2 berkongsi pengalaman.emmm...bleh abah perkenalkan diri?member mossen yg mana ek..

The Anglers Crew said...

Nih member seangkatan aku masa kat ITM dulu... Ikut lah plan kitorang nanti ke Nenasi.. 2 hari 1 malam..