Monday, November 10, 2008

Nostalgia 3: Kelong Acheh: Episod 2


Bot bergerak laju membelah ombak. Makin lama makin jelas kelihatan kelong didepan mata. Sekali sekala bot terumbang ambing dirempuh gelombang. Boleh tahan jugak kuatnya gelombang pada hari tu. Kepada kawan2 aku yang tak pernah menaiki bot laut ini merupakan pengalaman pertama mereka. Semuanya terdiam apabila bot bergoyang hehe. 20 minit perjalanan, bot menghampiri kelong. Boleh tahan besar binaan kelong nih. Tekong memperlahankan bot. Crew2 kelong acheh da sedia menanti untuk bot berlabuh. Kami da tak sabar untuk naik ke atas. Peralatan pancing dan barang2 dihulur kepada crew2 untuk dibawa naik. Seorang demi seorang dr kami naik ke atas. Akhirnya kami telah berada di atas kelong. Mimpi da jd realiti. Kami terpegun. Memang besar dan luas kelong ni. Cik Farah membawa kami ke dorm yang kami tempah. Emm..luas, bersih dan selesa. Aku memerhati keadaan sekeliling bilik. Pandangan aku tertumpu kepada lantai bilik tersebut. Dr celah2 papan lantai jelas ternampak air laut hehe. Buatnya roboh masa kami tido habis semua masuk kedalam laut hehe. Setelah meletak barang2 dan memilih tempat masing2 kami berpakat tidak untuk terus memancing. Kami nak round2 keseluruh pelosok kelong ni dulu. Kawasan untuk memancing luas. Memancing la kat mana2 pun kerana sekeliling kelong ni laut. Aku lihat pagar2 keselamatan tersedia disekeliling kelong ni. So kalau kanak2 nk memancing pn tk kisah. Rod holder disediakan disetiap tiang pagar keselamatan. Gancu pn disediakan. Hari tu ramai jugak pengujung yang berada di atas kelong. Kawan2 aku ada yang beramah mesra dengan mereka. Banyak jenis bilik yang disediakan di kelong ni. Bilik untuk family pn ada. Ada balcony sendiri untuk family memancing...privacy. Yang datang beramai cam kami lebih suka ambik dorm. Cafe tempat makan pn ada dan luas. Untuk hiburan bilik karaoke disediakan. Indoor game seperti carom, chess dan monopoly pn ada.

Elektrik di kelong hanya bermula pada pukul 7.00pm hingga 7.00am. Seterusnya aku pergi melihat tandas. Ini yang paling penting sekali kan..kan. Emmm..tandas yang disediakan banyak dan cukup untuk menampung kapasiti pengunjung di kelong. Bekalan air tawar disalur terus dr bukit pulau acheh berhampiran kelong. So takde masalah nak mandi banyak kali pn. Tandas bersih dan kelengkapan tandas disediakan kecuali ubat gigi dan berus gigi bwk sendiri la. Kalau ttinggal takpe..boleh beli kat atas kelong. Seterusnya kami pergi melihat tempat penyediaan umpan. Umpan yang disediakan ialah sotong. Ramai crew kelong sedang menyiang sotong. Ambillah banyak mana pn sotong yang kita nak guna. Umpan hidup pulak ade time plak. Ada satu kawasan ditengah-tengah kelong ni tempat menaikkan umpan hidup. Pukat di lepaskan dan sampai masa ditarik dengan kren ke atas. Satu pemandangan yang mengasyikkan apabila pukat ditarik ke atas. Kelihatan banyak ikan2 yang terperangkap. Ikan selar kuning, tamban, kekacang dan mcm2 lagi ikan karang. Pukat ditarik pagi, tengahari dan petang. Ikan2 hidup diletakkan dalam tangki yang disediakan. Ambillah byk mana pn. Setelah selesai lawatan sambil belaja kami tu..tiba la masa kami nak memancing. Masing2 kembali kebilik mengambil peralatan. Kami memilih tempat yang strategik dan berkumpul. Emm..tau2 je la bila da dok beramai ni kecoh dia bukan main lagi. Masing2 dengan peralatan masing2 dengan skil penyediaan tersendiri hehe. Air laut jernih dan hijau. Boleh nampak kumpulan selar kuning, tamban bermain-main di bawah kelong manambahkan lagi kegeraman kami nak memancing. Apabila selesai peralatan pancing dipasang, mata kail da terikat di perambut dan umpan di sangkut...maka bermula la aktiviti memancing kami. Otai2 memancing KSB mula mencampak umpan ke laut dan menunggu tarikan ikan....BERSAMBUNG.

Friday, November 7, 2008

Nostalgia 3: Kelong Acheh: Episod 1


Lokasi: Kelong Acheh
Tarikh: 14hb & 15hb Julai 2007.

KELONG ACHEH!!!!!!!..Tak tercapai dek akal aku untuk memancing di Kelong. Nak di jadikan rezeki satu trip ke Kelong Aceh telah dirancang rapi oleh aku dan kawan2 satu ofis. Asalnya aku nak ajak kawan2 aku ke Tasik Kenyir tp sebab banyak sangat kerenah diaorg tu so aku tukar trip ke Kelong Acheh. Lagi pun Kenyir aku da sampai ke Kelong belum so nak jugak aku merasa memancing ke sana. Aku membuat tempahan 2 minggu sebelum tarikh trip. Tempahan dibuat dengan East Coast island Services Agency iatu syarikat yang menguruskan Kelong Acheh. Seramai 12 org menyertai trip ni. Semuanya officemate aku. Package 2 hari 1 malam ni berharga RM150.00/kepala. Emm..kali la 12 org. Aku memilih bilik saiz dorm bleh muat 12 org. Lepak reramai lagi syok. RM150/kepala tu tmasuk makan tengahari, dinner, supper dan breakfast. Huh!! rasa cam dok hotel lak. Dalam menanti tarikh 14hb Julai 2007 tu tiap2 hari aku memikirkan keadaan Kelong nih. Setahu aku masa aku blaja ilmu alam dulu kelong ni tempat nelayan letak pukat dan berehat. Makin hari makin tak sabar rasanya nak ke sana. Hari ke hari berlalu akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pn tiba. Sabtu, 14hb Julai 2007, 7.30 am kami berkumpul di parking kereta ofis aku. Kami akan pergi dengan 4 buah kereta. Pukul 8 am kami memulakan perjalanan. Kami singgah makan pagi di Tanjung Lumpur. Setelah setengah jam berhenti makan kami memulakan perjalanan kembali. Dalam perjalanan kami berbual-bual kosong sesekali kutuk mengutuk alatan pancing masing2. Sedar tak sedar kami da jauh meninggalkan bandar pekan dan hampir sampai ke Nenasi. Jauh lagi nih...aku ttidor.....Bila aku sedar..da sampai rompin. Jam menunjukkan pukul 10.20 pagi. Aku, yob dan shamsul berhenti di masjid rompin kerana menanti kawan2 yang lain yang masih belum sampai.



Sementara menunggu dapat la kami ke tandas membasuh muka dan buat apa2 yang patut. Tak lama lepas tu kawan2 yang lain pun sampai. Kami meneruskan perjalanan ke jeti Kg Penyabung. Akhirnya pukul 11.00 am kami sampai di jeti Penyabong. Wakil dr East Coast Island Services Agency, Cik Farah, da menanti ketibaan kami. Bot untuk membawa kami ke kelong pun da tersedia menanti. Setelah meletak kereta di tempat yang disediakan oleh Cik Farah kami mula membawa keluar peralatan pancing dan bag baju. Aku cuba memerhati kelong acheh dr jeti tersebut tp tak kelihatan tp pemandangan sekitar jeti tersebut memang menakjubkan. Kelihatan banyak pulau-pulau kecil disekitar termasuk la pulau acheh. Untuk sampai ke tempat bot yang menanti kami terpaksa berjalan lebih 100 meter di atas jeti yang dibina menganjur ke laut. Di kiri kanan ramai orang memancing dr atas jeti tu sebab mereka da kt tengah laut. Aku terpesona dengan pemandangan tersebut. Akhirnya kami sampai jugak ke bot yang menanti. Kami memunggah barang2 ke dalam bot dan mengambil tempat duduk. Setelah semuanya selesai bot pun bergerak meninggalkan jeti Kg Penyabong menuju Kelong Acheh. Debaran makin kuat. Makin tak sabar nak tgk kelong. Pulau-pulau sekeliling makin jelas. Sukar nak gambarkan keindahan dengan kata2. Dan persoalan aku da terjawab...patut la boleh buat kelong kt sini...memang sangat terlindung dr angin kuat kerana adanya pulau2 sekeliling. Dr jauh..berbalam-balam kelihatan satu binaan dr kayu ditengah laut....ye.....itu la dia KELONG ACHEH...hati kami makin meronta-ronta......BERSAMBUNG.

Sunday, August 31, 2008

Ramadhan Al Mubarak





1hb September 2008/1 Ramadhan 1429H.

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan kembali lagi. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W. Aku bersyukur kehadrat ilahi kerana dipanjangkan usiaku utk bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Disini..ingin aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada kawan-kawan ThecRew. Moga -moga pada Ramadhan kali ini kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan dari yang Maha Esa. Kawan-kawan...jika pada Ramadhan yang lalu kita berasakan yang kita kurang beribadah...kali ini kita tekadkan hati dengan niat kerana Allah utk memperbanyakkan ibadah seperti bertarawih penuh sebulan, bertadarus, bersedekah dan ibadah sunat yang lain. Dalam pada itu jangan pula kita lupakan ibadah wajib iaitu sembahyang berjemaah 5 waktu. Tiada makna jika kita melakukan ibadah sunat tetapi yang wajib kita tinggalkan. Tidak lupa juga, sebagai menghormati bulan yang mulia ini, peliharalah deria kurniaan Allah S.W.T kepada kita. Jagalah penglihatan, pendengaran, percakapan dan kelakuan dari perkara-perkara maksiat. Kawan-kawan, sebagai menghormati bulan yang mulia ini, aktiviti memancing kita dihentikan buat sementara waktu. Jangan lupa, selepas selesai kita mengharungi ibadah puasa kita akan teruskan dengan trip memancing seperti yang telah dirancangkan. Kita masih ada 2 trip memancing bagi tahun ini. Insyaallah, jika tidak ada aral melintang, kita akan bersama-sama lagi pada trip tersebut. Akhir kata, "Ya Allah, tetapkan iman kami, tetapkan hati kami untuk berpuasa keranamu Ya Allah. Ya Allah, berilah keampunan dan keberkatan pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami". Amin

Sunday, August 10, 2008

Lagi Trip Memancing Di Perairan Pekan

02hb Ogos, 2008.



Kalau nk diikutkan ini trip penutup tirai thn 2008 tp ade ahli crew yg tak puas hati dgn pencapaian mereka pd trip ni meminta supaya dibuat satu lg trip.Emm..nntlah TheCrew fikirkan. Mungkin bulan Oktober masih bleh kita ke laut kot. Pada 2hb Ogos br ni, aku dan geng2 TheCrew sekali lg turun ke Perairan Pekan untuk mencabar ikan2 kt ctu. TheCrew yg turut serta kali ini ialah aku, mossen, Hizam, Boy dan Khairul.Emm..ade lagi...6 org pemancing jemputan TheCrew iaitu sedara mara Hizam, member mossen dan member aku. So jumlah semua sekali ialah 11 org menyertai trip nih.
Untuk trip ni kami menaiki 2 bot yg dikendalikan oleh 2 tekong iaitu tekong Ah Hong dan tekong Pak Mat. Seperti biasa selepas mengambil umpan udang hidup, kami pn bertolak ke Pekan. Kami berhenti sarapan di Restoran Hj Latif(emm...kedai ni lagi). Selepas membeli sedikit kuih-muih utk makan di atas bot kami pn bertolak ke jeti.
Bot da sedia menanti.Kami berpecah kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan diketuai oleh Hizam dan Khairul membawa lima pemancing lain menaiki bot tekong Ah Hong. Manakala aku, Mossen, Boy dan En Mukhtar menaiki bot tekong Pak Mat.
Setelah selesai memunggah beg dan peralatan, kami pn memulakan perjalanan. Emmm...bot tekong Ah Hong jauh meninggalkan bot aku menuju ke lubuk rahsia. So...sampai kt cni je la aku dapt cerita pasal bot Ah Hong bersama kaki2 pancing yang berada dlm bot tu.hehe. Bot bergerak laju menuju muara Sg. Pahang. Angin bertiup kencang. Aku mula berasa tak sedap hati dengan kelajuan angin pada pagi tu. Sebelum bot kluar dr muara, Boy menghampiri aku dan berbisik bertanyakan tentang beg kuih muih yang kami bungkus tadi.Emm..da sah ttinggal dalam keta. Aduuuuu...blapor la kami sampai ke petang. Nasib baik air minuman kami tak tinggal. Masuk ni da 2 kali kami ttinggal makanan. Bezanye pada trip kali ni kami memang da beli tp tlupa. Dulu tlupa beli terus. Hampes ko Boy. Sampai dimuka muara aku da terasa gelombang yang kuat. Bot terumbang ambing menempuh gelombang yang tak henti2 menempuh bot. Boy mengangkat kening kepada aku. Aku terus diam. Mmg pada pagi tu keberaniaan dan keyakinan aku betul2 terletak pada tekong Pak Mat. Aku lihat dia tenang mengawal bot.

Pak Mat terus memandu bot kluar dr kawasan cetek. Dia kata kami akan dibawanye terus ke kawasan air yang dalam dahulu iaitu di kawasan lubuk bayan. Lebih kurang sejam menempuh gelora, kami sampai di lubuk bayan. Gelombang masih kuat sehinggakan nk berdiri pun susah. Tekong Pak Mat mengarahkan kami menukar perambut ke perambut saiz 70lb dan mata kail saiz 6/0. Ini kerana saiz bayan yang kasar di kawasan ini. Dengan menggunakan umpan ketam kami mula memancing bayan. Akibat dr gelombang yang kuat aku da mula rasa pening. Emm..takkan kantoi kot kali ni. Tapi aku tak rasa nak muntah. Puas aku tahan tp akhirnye aku mengambil keputusan utk tido sekejap kerana aku yakin ni mesti sebab aku tk cukup tido mlm td. Boy dan Mossen da mula menganjingkan aku hehe. En Mukhtar aku puji sebab steady je walaupn da lama tak turun ke laut.
Lama jgk aku tido. Aku rasa ade la dekat2 sejam. Aku bangun dan rasa pening td da hilang. Aku lihat da byk sotong mengabang dicandat oleh Pak Mat. Emm..masih belum ade bayan dinaikkan. Aku terus menggulung pancing untuk menukar umpan. Boy dan Mossen pn berbuat begitu. Kami memasang umpan yang baru dan mencampak kesasaran. Gelombang da terasa reda apabila menghampiri tengahari. Kami terus menunggu. Semasa kami bbual-bual kosong itulah rod mossen disentap kuat hingga melengkung. Pak Mat menjerit.."Bayannnnnnn". Mossen menerkam rod dan bertahan. Tali sulam meluru keluar dari kekili. Mossen mula mengepam tetapi ikan terus melarikan umpan. Lebih 20 minit kelibat ikan mula nampak memutih di dalam air...besar. Mossen tenang mengawal. Akhirnye...jelas kelihatan bayan keletihan timbul di permukaan air. Kami bersorak gembira. Mossen lagi la...suka sampai ke telinga la. Aku dan boy rasa tercabar, hehe. Kami mula memasang umpan ketam semula. Da dekat sejam, umpan kami tidak juga disentuh oleh bayan. Pak Mat mengarahkan kami berpindah. Kali ini Pak Mat membawa bot lebih jauh ke tengah...ke lubuk ebek, jeng jeng jeng. Sampai di lubuk tersebut tanpa melengahkan masa kami memasang umpan udang hidup. Aku dan boy mengambil tempat di blakang bot. Mossen di bahagian tengah. Kami menanti dgn penuh sabar. Mmg itulah sebenarnye keistimewaan memancing iaitu menguji kesabaran diri. Dalam pada kami berangan mendapat ikan, sekali lagi kami di kejutkan oleh drag joran Mossen. Rod bergegar.huh...Mossen lagi. Mmg hari Mossen ari ni. Sekali lg Mossen bertarung. Aku dan boy menjadi penonton dan memberi semangat kpd Mossen. Kami menggulung rod masing2 memberi Mossen laluan utk bertarung. Aku sudah dapat melihat kelibat ikan. Mak oiii..besar lagi ikan nih...tp ikan apa ni ekkk!!!. Ikan semakin hampir. Pak Mat bersedia dgn gancu. Apabila ikan berada di birai bot, Pak Mat terus menggancu. Nahhh ko!!, ebek kapak rupanye. Senyum Mossen makin sampai ke siteburn. Korang tgk pic tu...Boy kat blakang tu tengah frust sb dr td kunyit je dia naikkan, hehe. Keadaan kembali tenang. Kami memasang umpan lagi. Mossen da start eksen doh. Aku masih lagi bersabar. Sedang aku meneguk air coke ( air je la sb makanan takde ) rod aku di rentap ikan. Huh..akhirnye. Aku menerkam rod aku. Aku merasa tarikan ikan. Pada mulanye ikan melawan kuat. Aku mengawal pergerakkan ikan sehingga aku dapat melihat kelibat ikan. Tak sebesar Mossen. Ebek Bulat rupanye. Korang tgk boy kat blakang tu makin bengang..kekeke. Cantik ek ikan nih hehe. Sedang kami meraikan kejayaan kami, kecuali boy dan En mokhtar la hehe, Pak Mat kat depan bot plak bertarung. Kami menanti dgn penuh debaran. Pak Mat ni otai so rilek je dia bermain ngan ikan tuh. Mulanye kami ingat ebek kapak lagi, rupanye bila diangkat ke atas bot ikan sagai rupanye. Bleh tahan besar, sama saiz ngan ebek kapak. Boy makin tension. Angin kembali bertiup kencang. Gelora kuat kembali terasa. Pak Mat memandu bot ke kawasan berbatu karang pula. Arus bergerak laju. Satu petanda ikan sukar untuk dipancing. Berkali-kali umpan udang hidup habis tp ikan tidak juga sangkut. Hanya bermain appolo dapat menaikkan ikan. Itupn hanya ikan delah dan kunyit aje. Kerapu yang kami dpt pn tk sebesar mana. Akhirnye hari pn da petang, lebih kurang kul 5.00, umpan udang pn da abis dan keadaan laut yg kembali gelora kami mengambil keputusan untuk balik ke jeti. Pak Mat memandu bot laju menghala ke muara sg Pahang. Hampir pukul 6.00 kami sampai ke jeti. Bot Ah Hong masih belum sampai ke jeti. Nampaknye memang kami yang awal balik. Kami mengemas dan menurunkan barang dr bot. Sementara menanti kawan2 dr bot satu lagi kembali, kami membersihkan peralatan pancing dan memasukan barang2 ke dalam kereta. Aku mengeluarkan makanan yang tertinggal pagi td. Sekejap je kami semua belasah abis. Maklum la lapo. Pukul 6.30 pm barulah kelihatan bot Ah Hong menghampiri jeti. Aku lihat muka2 kawan2 aku dlm bot tu lesu semcm je. Aku bertanya pada anas macamana hasil pancingan. Barulah aku tau drpd 7 pemancing 5 org tumbang kerana mabuk termasuk la Hizam dan Khairul. Huh..memalukan theCrew je. Tapi aku tau, Hizam mmg demam tp terpaksa turut serta kerana membawa sepupu2nye. Khairul pulak...emmm...da besa da mabuk sokmo. Tangkapan mereka takla sehebat kami, tapi mereka byk dapat kerapu. Kami membantu mereka berkemas. Setelah menyelesaikan bayaran sewa bot aku mengajak mereka makan tp Hizam hendak cepat pulang ke Temerloh. Maka kami mengambil keputusan untuk balik ke Kuantan terus. Hmmm..kesimpulan dr trip ni...da tentu la menyeronokan bg mereka yg dapat ikan. Bagi kawan2 aku yang tumbang kerana mabuk n yang tk dapat bermain ikan besar jgn la kecewa. Insyaallah trip akan datang kita akan tebus dan lebih bersedia. Kepada Mossen, aku salute ko. Mmg hari ko. Hari lain kita tgk sapa lak nnt. Emm..bagi boy...jgn kecewa ek...kunyit pn ikan jugak...kekeke. SEKIAN.

Tuesday, August 5, 2008

Nostalgia 2 : Batu Berhala

Jun, 1999.



Hampir semua ahli ThecRew menyertai trip ni kecuali Khairul. Tempatnya digantikan oleh abg ipar aku, abg Abas. Memang seronok bila semua ahli dapat berkumpul dan memancing bersama. Abg Abas pun seorang pemancing tegar cuma kesibukan dia bekerja kadang-kadang menghalang dia dari aktiviti memancing nih. Tapi aku percaya dia takkan melepaskan peluang bersama kami bila ade kelapangan. Tekong kami pada trip ini ialah Pok Mat Megi dari Nenasi, Pekan Pahang. So kami akan berkumpul dan berlepas dari jeti Nenasi. Padang pancing kami ialah Batu Berhala di perairan Nenasi. Pada pagi Sabtu,seawal pukul 5 pagi kami bertolak ke Nenasi. Sebaik kami tiba di perkarangan chalet Pok Mat telah sedia menunggu kami. Pok Mat memberi kami kunci sebuah bilik di chalet beliau untuk kami solat subuh dan menyimpan barang-barang.Semua tu termasuk dalam package. Selepas solat pok mat telah menyediakan sarapan pagi utk kami semua. Pukul 7.00 pagi,setelah selesai memunggah peralatan pancing bot pn bertolak keluar dari muara sg nenasi. Cuaca pada pagi itu ok dan keadaan laut linang.
Dalam perjalanan ke Batu Berhala, tekong berhenti di beberapa unjam. Kami mula memancing menggunakan apolo untuk mencari selar, kerisi dan kembung. Ikan2 ni nnt boleh jugak digunakan sebagai umpan hidup. Sotong mengabang pn byk kt kawasan ni.
Lebih kurang sejam kt kawasan unjam tak sedar tong da penuh ngan kerisi, selar dan sotong. Tekong beralih ke kawasan berbatu karang. Kat situ kami memancing kerapu dan beberapa spesis ikan lain.
Setelah puas memancing kt situ..ikan pn da kurang makan..pok mat pun menghidupkan enjin bot menuju ke Batu Berhala. Cantikkan pulau Batu Berhala. Tak la besar mana tp air kat kawasan ni dalam dan byk ikan-ikan predator kt kawasan ni. Lan, mossen n hizam mengambil tempat masing-masing utk bermain umpan hidup. Mereka ni semua kaki umpan hidup.
Tak byk kami dpt hasil kt sini. Kami tk berjaya dapat tenggiri. Hanya ikan tenuk (barracuda) je.

Lebih kurang kul 3 ptg, kami bergerak meninggalkan pulau Batu Berhala. Kami sampai di jeti lebih kurang pukul 6.30 ptg. Sebelum balik ke Kuantan, sekali lg pok mat menjamu kami dgn makan ptg. Terimakasih pok mat atas layanan istimewa nih. Kami sampai di Kuantan da pukul 8 lebih. Kami berkumpul kat rumah aku utk sesi pembahagian ikan-ikan. Emm..korang tgk pic tu, kak long aku tu beria-ria je tengok ikan..cam la dia kenal ikan ape..hehe. So..trip ni mmg menyeronokkan.Thanks kawan-kawan kerana meluangkan masa utk memancing bersama-sama.SEKIAN.

Sunday, August 3, 2008

Nostalgia Tasik Kenyir

Bulan Jun, 1997.





Sepanjang hayat aku takkan dapat lupakan trip memancing di Kenyir ni. Nostalgia ni terpahat kukuh dalam hati sanubari aku. Korang nk tau kenapa???Emm..kerana org tua dlm pic kt atas tu. Dia ialah Abd Zahid Shaghia,ayah aku. Arwah ayah aku ni mmg seorang kaki pancing jugak tp dia lebih suka menjaring dan menjala. Selama aku dan adik2 aku berkecimpung dlm memancing ni dia memang tak pernah langsung join kami bertiga. Emm..setelah merancang bersama adik2 dan kawan2 maka pada bulan Jun (aku tk berapa igt tarikh da)1997,kami bersiap ke Tasik Kenyir. Apabila sampai saje berita kami hendak ke Kenyir ke telinga arwah ayah,dia bersungguh-sungguh hendak mengikut aku dan adik2 ke sana. Kami bertiga jadi hairan..tp takpe la...seronok jugak ade ayah ikut. Maka hari Jumaat malam kami bertolak ke Kuala Terengganu dahulu ke rumah kak Ngah aku kerana suami akak aku,Abg Abas juga akan ke Kenyir bersama kami. Bersama-sama aku juga ialah 2 orang officemate aku iaitu Khalid dan Adi. Masa tu aku masih berkerja di Kewangan Bersatu Berhad lagi. Keesokkan harinya,setelah membeli umpan sikit di pasar,kami bertolak ke Jeti Gawi. Lebih kurang pukul 10 pg kami sampai di Jeti Gawi. Ayah aku cukup seronok. Kami pn seronok maklum la ni lah julung2 kali ayah bersama kami memancing. House Boat sudah tersedia menanti.Masa tu sewa House Boat tak mahal..cuma RM350.00 berbanding sekarang harga hampir mencecah RM1000.00. Kami bersama-sama memunggah barang ke dlm bot.



Setelah selesai memunggah barang kami memulakan perjalanan menuju ke sg. pertang.
Emmm...mmg pemandangan di Tasik Kenyir ni sgt indah. Byk bukit2 kini sudah menjadi pulau kerana ditenggalami dek air. Pokok2 balak hanya nampak dahan dan ranting sahaja.



Selepas hampir 3 jam perjalanan, kami sampai ke sg pertang. Tanpa melengahkan masa kami terus menyediakan alatan pancing dan mula memancing. Mmg nyaman sungguh suasana hutan hujan di Kenyir. Aku asyik dgn pemandangan indah kt sini. Selalunye hanya laut je yg aku tgk..hehe. Emm..kdg2 pergi ke tempat mcm ni pn syok jgk.



Sesekali kelihatan ibu toman yg besar membawa anak2nye mencari makan. Sehingga ke petang kami hanya mendapat beberapa ekor ikan toman dan lampam yg sesuai utk dibuat lauk mlm karang. Hampir maghrib kami berenti memancing. Bot rapat ke tebing. Kami mandi dan lepak2 dlm bot sambil mendengar cerita pengalaman ayah aku. Kisah memancing dia la tp seronok sangat sementara menunggu Khalid (chef kami) siap memasak utk makan mlm.


Mlm tu kami memancing lagi,tp sehingga pukul 11 mlm je la. Satu keadaan gelap..emm..takut la jugak...satu lagi tak tahan dgn umpan perut ayam utk baung. Bau dia..huh..satu bot tak tahan. Malam tu sejuk sgt dan da tentu la syok tido. Keesokkan harinya kami bangun dan terkejut melihat pemandangan sekitar tempat bot kami berlabuh. Kabus memutih hampir keseluruh tempat sehinggakan tak nampak air sungai dan tasik. Kami terpegun seketika ,melihat pemandangan tersebut. Sejuk takyah citer la kan so kami takleh la mandi hehe. Selepas makan pagi kami terus je sambung memancing. Kami memancing sehingga tengahari. Dapat la beberapa ekor toman, lampam dan seekor kelah.

Lepas makan tengahari kami bersiap utk bertolak balik ke pengkalan Gawi. Dalam perjalanan balik kami melihat byk air terjun yg cantik tp tk sesuai utk berhenti mandi. Kami hanya berhenti di air terjun Lasir utk mandi. Kat sini air terjun dia pn cantik. Air jernih sangat.

Kami menghabiskan masa kt situ sejam. Selepas itu kami meneruskan perjalanan sehinggalah
sampai ke pengkalan Gawi.
Setelah mengemas barang ke dlm kereta kami memulakan perjalanan balik ke Kuala Terengganu, ke rumah akak aku.
Kesimpulan dari trip Tasik Kenyir ni kalau nk dikira dr segi hasil takde la byk mana. Mungkin kami br kali pertama dan tak tahu selok belok memancing di Kenyir. Maklum la kami kan org laut..hehe. Tapi bg diri aku,aku tk kisah semua tu,yang penting saat2 aku bersama arwah ayah,adik2 aku dan kawan2 aku. Aku dapat melihat alam ciptaan Allah yang indah. Aku dapat mengenal budaya orang2 kt situ. Semua tu tk ternilai bagi aku. Kini..pada hari ini...setiap kali aku menatap gambar2 trip mancing kenyir ni...baru aku faham kenapa arwah ayah beria-ria hendak pergi bersama aku da adik2. Mungkin dia da tau dia da tak lama lg akan pergi mengadap Allah. Dia nak bersama dgn anak2 lelakinye. Aku yakin..adik2 aku...korang pn seperti aku. Sehingga kini aku terkilan...terkilan bukan ape...kerana aku rasa aku sepatutnye menghabiskan masa banyak lagi bersama arwah ayah.

Aku...Arman shaghia,Azlan Shaghia dan Hasrul Shaghia selama-lamanye merinduimu..Bah. AL-FATIHAH.