Monday, June 28, 2010

Candat Sotong 2010

Tarikh: 7hb Mei - 8hb Mei 2010
Lokasi: Marang, Terengganu.







Thursday, January 28, 2010

Mencandat Sotong

From Mencandat Sotong

Selepas kejayaan trip ke Kelong Acheh pada Julai 2007 yang lalu, staf-staf KSB yang mengikuti trip tersebut semakin berminat dengan sukan pancing. Aura memancing telah meresap ke dalam jiwa setiap dr mereka. Oleh kerana minat yang mendalam yang ditunjukkan oleh mereka dan aku pun dah letih dengan pertanyaan "bila lagi nk memancing?" maka, pada 4 Julai 2009 aku telah menganjurkan satu trip khas buat Team KSB. Berbeza dengan trip ke Kelong Acheh dahulu, kali ini ke laut lepas. Bukan memancing tetapi mencandat sotong. Trip mencandat sotong ini menjadi trip pertama bagi staf2 KSB menaiki bot jauh ke tengah laut melepasi Pulau Kapas.

Setelah semua persiapan dibuat, pada hari Sabtu 4hb Julai 2009 seramai 8 orang staf KSB iaitu En Razak,Azam,Sham,Wan,Shamsul,Sheikh,Eddy dan aku berangkat menuju ke Marang Terengganu. 4 orang lagi telah menarik diri disaat-saat akhir. Kami memulakan perjalanan tepat jam 11 pagi. Masing-masing sibuk berbual tentang bagaimana nak mencandat, macamana nak rasa sotong da makan candat. Aku takleh nak bagi info banyak sangat sebab aku pun jarang mencandat. Yang pastinya aku tak pernah mengikuti trip yang hanya semata-mata mencandat sotong bermusim seperti di Marang ini. Setakat mencandat sotong buat umpan segar pernah lah tapi aku yakin secara teorinya sama sahaja.

Kami singgah di Meraga Beris, Kijal untuk makan tengahari.
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong


Waktu itu hampir pukul 1 tengahari. Kami masih ade 2 jam lagi sebelum bot yang akan bertolak keluar pada pukul 3.30 petang. Selesai makan kami menyambung kembali perjalanan. Sepanjang jalan melalui Rantau Abang aku melihat angin bertiup sangat kencang. pokok2 kelapa terhoyong hayang ditiup angin. Hatiku berdetik mengatakan gelombang besar nanti di lautan. Ketika itu juga azam asyik bertanyakan tentang tiupan kencang tersebut tetapi aku hanya mengatakan tiupan kencang itu hanya di darat.

Ketika kami hampir sampai ke Marang, Sham menelefon aku mengatakan tekong bot menunda jadual keluar kerana angin kuat. Aku tidak memaklumkan kepada kawan2 yg menaiki kereta bersamaku utk tidak mematahkan semangat mereka. Apa2 pn tggu sampai dijeti br aku akan berbincang dengan tekong.
From Mencandat Sotong

Akhirnya, kami sampai dijeti Marang. Sham telah menunggu aku. Setelah meletak kenderaan di parkir kami menuju ke sebuah warung berhampiran utk bertemu dengan tekong. Semasa berjalan itulah kelihatan bot2 pelancung dr Pulau Kapas tiba dijeti dan kesemua penumpangnya basah kuyup. Aku tergelak apabila Eddie mengatakan kenapa diaorg nih lepas berenang terus naik bot balik padahal itu semua gara2 gelombang besar di laut. Setelah sampai di warung, kami memesan minuman dan tidak lama kemudian tekong pun sampai di warung tersebut. Tekong memaklumkan kepada kami yang angin sangat kencang dan gelombang besar. Boleh keluar tetapi tekong kesian kerana rata2 kali pertama keluar ke laut.Khuatir kami kemungkinan tidak boleh lansung mencandat nnt. Kami pn berbincang dan boleh dikatakan hampir semua kawan2ku mahu membatalkan trip mencandat ini kecuali sham dan En Razak yang mahu meneruskan. Aku mengambil langkah ditengah2...kalau nk pergi aku pergi..kalau batal aku ikut.

Tekong kembali ke jeti. Di jeti kelihatan ramai rombongan2 persendirian dan syarikat2 yg juga membuat trip mencandat menanti angin reda untuk keluar ke laut. Kami terus lepak di warung sambil minum dan merancang tarikh lain utk keluar mencandat. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali. Waktu itu hampir pukul 5 petang. Hampir setengah jam, hujan berhenti bersama-sama dengan angin yang tadinya kencang kini reda. Tidak lama kemudian tekong menelefon sham mengatakan kami boleh keluar ke laut. Apalagi, kami bergegas ke kereta masing2 mengambil peralatan dan barang2 makanan menuju ke bot. Kelihatan bot2 yang lain juga sudah mula dipenuhi oleh rombongan2 candat.
From Mencandat Sotong

Bot kami sangat besar dan bersih sekali. Dilengkapi dengan tandas, dapur dan televisyen. Memang bot ini dikhaskan utk tujuan pelancungan pada musim mencandat. Setelah semuanye berada di atas bot, tekong menghidupkan enjin dan memulakan perjalanan keluar dr jeti ke muara. Bot kami diikuti oleh 3 lagi bot yang sederhana besarnya perlahan-lahan menuju ke muara.
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong


Hampir sampai ke muka muara terasa angin kembali bertiup kencang. Gelombang kuat serta ombak yg memukul masuk muara kian terasa.
From Mencandat Sotong

Kawan2ku yang tadinya riuh mula diam apabila bot terumbang ambing ke kiri dan kanan. Masing2 yang tadinya berdiri mula duduk. Keluar sahaja bot dari muara apa yang aku fikirkan tadi mula menjadi kenyataan. Gelombang masih kuat. Bot kami dilambung dan kadang2 keadaan gelombang lebih tggi dr bot. En Razak terus baring dan diikuti oleh Eddy dan Sheikh. Kecundang.
From Mencandat Sotong

Waktu itu hampir pukul 6.30 petang. Sewaktu kami melalui berhampiran Pulau Kapas, sekali lagi tekong bertanyakan samada kami ingin meneruskan atau singgah di Pulau Kapas. Aku tidak memberikan sebarang komen kerana aku menantikan jawaban dr kawan2ku yg lain. Akhirnya Sham menjawab untuk meneruskan perjalanan ke spot mencandat. Tekong mengikut kehendak kami. Kelihatan 2 bot yang sederhana besar mula berpatah balik ke arah Pulau Kapas. Tinggal bot yang aku naiki dan sebuah lagi yg sama saiz dengan bot kami.

Kami makin jauh meninggalkan Pulau Kapas. Gelombang semakin keras. Shamsul dan Wan akhirnya terbaring juga. Aku yang tadinya tenang mula terasa gerun dengan keadaan gelombang. Akhirnya aku mengarahkan semua rakan2ku memakai jaket keselamatan. Keadaan semakin gelap. Sudah pukul 7.45pm. Akhirnya bot memperlahankan pergerakkan dan mencari tempat utk melabuhkan sauh di spot pertama itu. Apabila sauh dilabuhkan, keadaan bot terumbang ambing ke kiri dan ke kanan menyukarkn utk berdiri. Tekong mengeluarkan alatan candat yang memang disediakan. Aku, sham, azam,shamsul dan wan mula mencari tempat utk melepaskan candat. Sham mengambil tempat di hadapan. Azam di tengah manakala aku, shamsul dan wan di blakang. Sungguh sukar utk mencandat dalam keadaan tidak boleh lansung berdiri. Bagi diri aku mungkin sudah biasa tetapi bagi kawan2 aku mmg pening. Akhirnya shamsul dan wan menyerah kalah pada keadaan kembali baring kerana pening. Tinggalah aku bertiga sahaja yang mencandat.

Arus laju. Kami terpaksa menggunakan batu ladung untuk membolehkan candat mencecah dasar. Sedang aku melayani ayunan bot sham bersorak dibahagian hadapan bot.
From Mencandat Sotong

Kelihatan 2 ekor sotong yang boleh tahan besarnya tergantung di mata candat. Melihat keadaan itu aku dan azam kembali bersemangat. Sotong dah mula membaham candat. Hari sudah pn gelap. Jam menunjukkan pukul 8 mlm. Aku melihat azam menggulung laju seratnya.
From Mencandat Sotong

Semakin hampir ke permukaan air semakin jelas kelihatan 2 ekor sotong tergantung di candat azam. Keluar sahaja sotong dr permukaan air bersemburlah cecair hitam ke udara. Kami bersorak. Kawan2 yang mabuk turut bangun melihat sekejap kemudian kembali layu. Tidak lama kemudian aku juga berjaya menaikkan seekor lagi sotong di lubuk pertama itu.
From Mencandat Sotong


Jam menunjukkan pukul 9 mlm. Tekong mengarahkan kami menggulung candat. Kami akan berpindah ke spot 2 berhampiran dengan Pulau Kapas menghadap ke laut lepas. Enjin dihidupkan dan bot kami bergerak meninggalkan spot 1 menuju ke spot 2. Kami dapat melihat cahaya dr Pulau Kapas. Semakin hampir semakin byk api seperti keadaan pasar malam. Apabila kami tiba rupa2nya cahaya2 itu datangnya dr bot2 candat yang telah byk berkumpul dikawasan itu. Bot2 yang berlindung di Pulau Kapas telah keluar apabila angin kencang reda. Kami seronok melihat pemandangan sebegini. Setiap kali bot kami melalui berhampiran bot2 disitu ade sahaja orang menaikkan sotong. Besar-besar sotong dikawasan ini. Kami makin tidak sabar. Nampaknya di spot 2 ini kami akan mencandat bertiga lagi kerana kawan2 lain yang mabuk tidak menunjukkan tanda2 akan bangun.

Di spot 2 inilah pesta sotong kami bermula. Tak menang tangan kami menaikkan sotong.3 mata candat yang kami gunakan ketiga-tiganye di baham sotong. Aku dan sham bergilir-gilir menaikkn sotong. Sekali sekala azam juga menghangatkan suasana dengan sotong yang dinaikkannya. 2-3 kali aku disembur dgn air sotong. Baju MU aku habis hitam. Ini kerana gara-gara menyangkakan yang sotong telah habis memancutkan airnya tetapi rupanya sotong besar nih bleh menyemburkan air byk kali. Aku melihat azam muntah tp dia tetap terus mencandat. Memang banyak sungguh sotong dikawasan ini. Aku terkilan kerana kami tidak sempat mengambil sebarang foto kerana kameraman kami mabuk teruk.

Pukul 1 pagi sekali lagi tekong kami bertukar tempat ke spot 3. Di kawasan ini tak kurang hebatnya berbanding di spot 2. Sotong banyak dan besar-besar. Kami terus berpesta. Tekong dan awak2 kami turut membantu. Mungkin mereka pn tak dapat menahan apabila melihat sotong yang dinaikkan oleh kami. Betul2 disebelah kami ade sebuah bot. Yang seronoknya kesemua pencandatnya adalah wanita. Kami memanggil kawan2 kami yang mabuk supaya bangun mencandat. Malulah kan sebab perempuan steady je mencandat.hehehe. tapi kalau da mabuk tu takkan bangunnya. Di spot 3 ini azam mmg bertuah. Sotong asyik membaham candatnya sahaja. Aku dan sham hanya sekali sekala sahaja menaikkan sotong. Aku mengubah tempat kesebelah azam tp tetap jgk sotong tu melekat di candat azam. Huh ni dah sah main jampi nih.

Pukul 5 pagi kami semakin keletihan. Sotong pn da semakin berkurangan. Suasana pagi sungguh sejuk sekali. Sedang kami melayan mata yg semakin layu tiba-tiba kami dikejutkan oleh gerombolan ikan aya yang sgt banyak bermain di kawasan lampu spotlight bot.Sungguh banyak, besar dan laju. Kami teruja. Aku memasang appolo utk mencuba nasib tp lansung tak dilayan oleh aya. Hampir 20 minit bermain di bot kami gerombolan ikan itu berpindah ke bot lain pula.

Pukul 7 pagi kami meninggalkan spot 3. Kami bergerak untuk balik ke jeti Marang. Di dalam perjalanan tekong singgah di unjam. Kami mencuba nasib memancing ikan. Hanya ikan2 kunyit yang dapat kami naikkan di kawasan itu. Setelah melihat keadaan kawan2 kami yang semakin lembik akibat mabuk akhirnya kami mengarahkan tekong segera kembali ke jeti. Bot bergerak laju meninggalkan unjam menuju jeti. Di dalam perjalanan awak2 menggoreng nasi dan sotong kunyit. Memang enak makan sotong yang fresh. Kawan2 yang mabuk semuanya telah bangun dan segar. Pelikkan..sebut je nak balik terus segar..hahahaha.
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong


Kami sampai di jeti hampir pukul 10 pagi. Bot berlabuh dan kami mula memunggah barang2 serta hasil candat ke atas jeti. Setelah ditimbang hampir 40kg sotong yang kami tangkap.
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong

Wahhh..3 org sahaja yang mencandat. Bayangkanlah kalau semua kami dapat mencandat.Setelah menyelesaikan bayaran bot kami bergerak ke kereta masing2 untuk menyimpan semua peralatan. Setelah mandi kami terus bergerak ke arah Kuala Terengganu dan berhenti disebuah restoran untuk makan pagi. Acara seterusnya ialah ke Pasar Payang dan selepas itu kami balik ke Kuantan.
From Mencandat Sotong

Memang sangat menyeronokkan mencandat sotong dan kami bercadang pada Mei 2010 nnt kami akan kembali semula ke Marang untuk mencandat. Terimakasih kepada sahabat2 ku yang sangat sporting dan bersemangat. Kita akan bersama lagi nanti.Tungguuuu.

Wednesday, April 1, 2009

Pulau Tenggol

From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Seperti yang telah dijanjikan, kami menyambut pelawaan sahabat2 dr Paka untuk memancing bersama-sama. Kali ini padang pancing ialah di sekitar Pulau Tenggol. Seramai 11 org ahli thecrewanglers akan menyertai trip ini. Kami akan berkumpul di Kuantan pada hari Jumaat 10hb April dan bertolak ke Dungun hari Sabtu 11hb April 2009.

From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
8.00 pm, Jumaat 10 April 2009.

Aku dan Boy telah menempah sebanyak 200 ekor udang hidup untuk dijadikan umpan. Kami akan mengambil udang tersebut dlm perjalanan ke Dungun keesokannya. Ahli-ahli thecrew yang lain masih belum sampai. Lebih kurang pukul 8.30 pm, Nizam dr JB tiba ke rumah aku. Ini kali pertama beliau mengikuti trip yang dianjur oleh thecrew. Setelah berehat dan makan malam bersama, aku dan nizam mengeluarkan peralatan memancing masing2. Sementara menanti ketibaan ahli2 lain, aku dan nizam mengikat perambut dan menukar mata jig dan popper. Tidak lama selepas itu, Lan dan keluarga sampai. Lan menyertai aku dan nizam menyediakan peralatan pancing.Rupanya dia pn belum menyediakan ape2 pn. Biasalah, kesibukan kerja tetapi aku rasa lebih seronok menyediakan secara beramai-ramai. Mcm2 skill boleh dipelajari. Ned dan Ariff telah pn tiba tetapi tidak terus ke rumahku. Mereka terus ke Pekan dan akan menyertai aku keesokan hari. Tidak lama kemudian Ya, Mossen dan Che Mat pn tiba dr KL. Aku menerima panggilan telefon dr Hizam mengatakan yang dia akan menanti kami di Dungun tengahari esok. Hampir pukul 1.30 am, Abg Abas, ahli thecrew terakhir sampai dr Johor. Kami menyambut beliau dan setelah berbual seketika bertanya khabar kami pn masuk tidur.

9.00 am, Sabtu 11hb April 2009.

Pagi itu setelah bersarapan, Lan dan Nizam keluar membeli barangan keperluan untuk dibawa ke atas bot nanti. Aku dan Abg Abas pergi membeli tong untuk mengisi udang dan bateri untuk pam udara. Hampir pukul 11.00 am aku tiba dirumahku. Lan dan Nizam pn dah sampai. Kelihatan juga ned dan Ariff yg br tiba dr Pekan. Lan mencadangkan supaya kami bertolak selepas makan tengahari kerana mak aku da pn memasak untuk kami semua. Tidak lama kemudian Boy menelefon aku mengatakan yang Pak Husin penjual udang meminta aku mengambil udang yang ditempah. Aku mengajak Arif pergi ke rumah Pak Husin untuk mengambil Udang. Setelah selesai makan tengahari dan peralatan pancing serta barang2 keperluan lain dimuatkan ke dalam kereta, maka perjalanan kami pn bermula.

12.30 pm, Sabtu 11hb April 2009.

Kami bergerak meninggalkan bandar Kuantan dengan semangat membara. Sampai di persimpangan Cheneh kami berhenti menanti Boy, Mossen, Ya dan Che Mat yang akan menyertai konvoi kami. Lebih kurang 15 minit menanti, mereka pn tiba. Maka lengkaplah ahli thecrew seramai 10 orang kecuali Hizam yang sedang menanti kami di Dungun. Kami bergerak memulakan kembali perjalanan. Dalam perjalanan kami berbual-bual berkisar tentang hasil tangkapan sahabat2 dr Paka yang telah terlebih dahulu menduga lubuk di perairan tenggol itu. Melihat dr foto2 yang kami terima memang lumayan dengan GT saiz kasar dan Tenggiri 25kg. Semua itu menambah semangat kami yang sudah sedia membara menjadi lebih berapi.

From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
3.00 pm, Sabtu 11hb April 2009.

Kami tiba di Bandar Dungun dan terus ke tempat HIzam menunggu kami. Setelah Hizam menyertai kami, kami terus ke jeti Kuala Dungun. Disitu kelihatan sahabat2 dr Paka telah pn sedia menanti ketibaan kami. Bot dan tekong juga telah sedia menunggu. Kami mencari tempat untuk meletak kereta dan meninjau keadaan bot yang akan membawa kami nnt. Sebelum memulakan perjalanan, kami minum dan makan dahulu di warung berhampiran.Ada diantara kami yang siap makan laksa lagi.Emmm tak takut mabuk ke!!!. Setelah memunggah peralatan pancing dan barangan keperluan ke atas bot, aku memberi separuh dr udang hidup kepada sahabat2 dr Paka yang menaiki bot berasingan. Sebagai ganti mereka memberi beberapa ekor ketam nipah untuk dibuat umpan bayan.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu


Atas Bot, 3.30 pm, Sabtu 11hb April 2009.

Semuanya telah bersedia. Pemancing sudah berada di atas bot. Peralatan pancing semuanya telah lengkap. Tidak ade satu pn yang tinggal. Barang2 makanan dan minuman juga telah dibawa bersama. Enjin bot dihidupkan. Awak2 melepaskan tali pengikat bot di jeti. Perlahan-lahan bot mengundur keluar dr jeti dan berpusing menghadap muka muara Kuala Dungun. Cuaca petang itu sangat baik. Langit membiru dengan terik mentari petang. Kami mengambil tempat. Separuh di belakang dan separuh di hadapan bot.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Sememangnya bot yang kami naiki ini memang besar dan luas. Inilah bot paling besar pernah kami naiki berbanding trip2 dahulu. Tetapi yang pastinya bot ini bukannya untuk tujuan sukan pancingan.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Aku rasa tujuannya lebih kepada aktiviti nelayan menangkap ikan. Ini kerana tidak ade satu pn rod holder disediakan di atas bot ini. Rod2 kami hanya terbaring di atas lantai bot. Walau bagaimanapun bot ini dilengkapi dengan sistem gps dan sonar. Tekong kami bernama Pakcik Ripin. Bot sudah jauh meninggalkan jeti dan melepasi muara Kuala Dungun. Sudah terasa gelombang dan tiupan angin yang deras. Dr jauh kelihatan berbalam-balam Pulau Tenggol. Bot terus meredah gelombang. Sementara menanti tiba di lubuk pertama, kami berbaring dan berbual-bual kosong. Ade yang menyediakan perambut lagi.

Atas Bot, 5.30 pm, Sabtu 11hb April 2009.

Akhirnya bot memperlahankan pergerakkan. Tekong meninjau sesuatu, mungkin penanda unjam. Gps telah menunjukkan bacaan koordinat yang betul. Dua hingga tiga kali tekong memusingkan bot untuk mencari tempat yang sesuai untuk melabuhkan sauh. Kami telah sampai di unjam pertama dan bersiap sedia dengan rod masing-masing. Hanya menanti green light dr tekong sahaja. Sauh dilepaskan. Bot terumbang ambing ke kiri dan ke kanan. Terasa pening dibuatnya. Akhirnya enjin dimatikan dan isyarat memancing diberi oleh tekong. Sonar berbunyi menandakan ikan berkeliaran di bawah.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Kawan-kawan di bahagian belakang bot telah mula mencampakkan umpan masing-masing. Aku, nizam, lan, Arif dan Abg Abas yg berada di bahagian hadapan bot juga telah bersedia dengan umpan hirisan sotong segar. Baru 15 minit memancing, tiba-tiba terdengar sorakan di belakang menandakan ade pancing yang telah strike. Kami yang berada di hadapan juga terkejut apabila joran lan juga bergegar. Dah sah sangkut dengan joran di belakang. Tekaan aku betul. Takde ikan pun yang sangkut. Dalam keadaan bot yang terumbang ambing akibat gelombang yang agak kuat, agak payah untuk membetulkan tali yang tersangkut. Salah seorang terpaksa la berkorban untuk dipotong tali.Cuma selamat kan batu ladung n mata kail je. Arus di bawah terlalu deras. Kami yang berada di bahagian depan masing-masing telah menggunakan batu bersaiz 8 dan 9 tetapi masih juga hanyut jauh ke belakang. Pertama kali kami memancing dalam keadaan laut yang arusnya deras sebegini. Stok batu ladung kami takde yang bersaiz lebih dari saiz 9. Terpaksalah kami menggantung 2 biji batu ladung bersaiz 9 pada joran kami. Keadaan air yang sangat dalam melebihi 100 kaki dan batu yang berat serta keadaan bot yang terumbang ambing akibat gelora amat mencabar mental kami setiap kali kami mengarau tali untuk menukar umpan.Belum lagi ikan yang mengena. Kami terpaksa mlupakan terus untuk menggunakan appolo dalam keadaan sebegitu. Walau bagaimana payah pun kami, petang itu kami berjaya juga menaikkan beberapa spesis yang takdelah kasar sangat seperti kaci, ah soh dan beberapa ekor remaja jemuduk.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Hari telah beransur gelap. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Ketika kami leka memancing dr kejauhan kelihatan kapal yang sangat besar laju menuju ke arah kami.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Makin lama makin hampir dan lalu berhampiran bot kami. Kalau kapal sebesar itu boleh lalu, bayangkan la kedalaman air di kawasan tempat bot kami berlabuh. Arus deras tak menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Aku terasa hilang mood untuk memancing dalam keadaan sebegitu lalu mengambil keputusan untuk berhenti memancing seketika.

Atas Bot, 8.00 pm, Sabtu 11 April 2009.

Selesai menggulung tali, aku menyimpan joran. Kawan-kawan lain mula bertanya dan mengatakan aku mabuk. Aku bergerak ke bahagian belakang bot. Kelihatan Mossen, Che Mat, Hizam dan Boy sebaris di buritan bot. Antara mereka berempat hanya boy jelas kelihatan lesu dan tak bermaya. Boy tersandar berhampiran jorannya. Walau pun mabuk tapi semangat beliau tetap membara untuk memancing. Mossen memberitahu aku boy sudah 2 kali muntah hijau. Di bahagian sebelah tepi kiri bot kelihatan ya tersandar memegang joran.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Ya masih belum memperolehi hasil. Pada trip kali ini ya menggunakan kekili barunya. Da tentu dia nak pecah rekod dengan kekili baru. Aku mengambil tempat di sebelah ya. Duduk sambil melunjurkan kaki. Aku berbual-bual dengan ya sambil memerhatikan awak-awak memasak untuk makan malam. Bau kari menusuk hidung. Enak sungguh. Perut pn memang da lapar. Ya makin lama makin tak melayan aku. Dalam hati aku.."budak nih nak mabuk nih"..hehe. Benar tekaan aku.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Akhirnya ya mengaku kalah pada keadaan laut yang bergelora. Dia berbaring di sebelah aku. MABUK..huh!!.

Atas Bot, 9.00 pm, Sabtu 11 April 2009.

Kari ikan jemuduk dah pn masak. Begitu juga nasi putih masih berasap di dalam periuk. Tekong kami, Pakcik Ripin melaung ke arah kami semua supaya berhenti memancing dan makan malam. Apalagi, dengan perut yang dah tersedia lapar kami mengambil pinggan lalu mengisi perut. Memang enak sungguh. Ikan jemuduk yang segar baru je dipancing dibuat kari. Saat-saat makan atas bot ni memang menyeronokkan. Tak tahu lah aku kat mana sedapnye tapi memang sedap sangat. Ya pn bangun dari mabuk untuk join sekali makan. Tapi apabila nak suap dia tetiba rasa mual. Kesian ya. Selesai makan malam kami memancing semula. Semakin ramai pulak ahli-ahli yang mabuk laut. Nizam, ned, arif, ya dan Che Mat semua sudah terbaring. Hanya tinggal boy yang masih memancing walaupn mabuk. Di bahagian hadapan bot lan dan Abg Abas masih tekun memancing. Di bahagian belakang pula mossen, hizam dan boy. Aku masih belum mau memancing memandangkan keadaan laut yang tak banyak berubah. Aku melayan mossen dan Hizam berbual-bual.

Atas Bot, 11.00pm, Sabtu 11 April 2009.

Tekong mengarahkan semua menggulung pancing. Kami akan bertukar tempat. Tekong akan membawa kami jauh melewati Pulau Tenggol. Apabila bot mula bergerak aku berbaring di sebelah ya dan terlena. Aku terbangun apabila terdengar riuh sorakan kawan-kawan. Bot sudah pn berhanti. Aku melihat jam rupanye sudah hampir pukul 3 pagi. Lama rupanya aku tidur. Mossen memberitahu aku yang ikan sudah mula makan umpan. Berhampiran tempat aku tidur berselerak dengan ikan tambak dan mayong. Di hadapan, lan menjerit supaya aku memancing. Dia dan Abg Abas sudah bergilir-gilir menaikkan tambak dan mayong.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Aku bergegas bangun. Selepas meneguk air dan membasuh muka aku bergerak ke hadapan menyertai lan dan Abg Abas. Aku mengambil joran dan memasang umpan. Keadaan arus ketika itu sudah reda sedikit. Di bahagian belakang meriah dengan sorakan mossen, Hizam dan boy bergilir-gilir menaikkan ikan. Tiba-tiba joran aku dihenjut kuat. Aku menyentap dan terasa getaran ikan sudah lekat di mata kail. Terasa berat. Aku mengarau laju. Ikan bergerak ke kiri dan ke kanan. Letih jugak dibuatnya. Maklumlah dengan kedalaman air, berat batu dan ikan. Akhirnya dari kesamaran cahaya lampu bot aku dah melihat ikan di permukaan air. Semakin hampir dengan bot lalu aku terus mengangkat ke dalam bot. Menggelupur seekor tambak di lantai bot yang boleh tahan jugak besarnya.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Aku kembali memasang umpan. Betullah seperti kata mossen. Memang ikan tengah menggila. Sekejap sahaja aku menaikkan pula seekor mayong. Abg Abas sudah berbelas ekor menaikkan tambak dan mayong. Lan pn tak kurang hebatnya. Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Lan sudah berhanti memancing. Dia bergerak ke bahagian belakang mencari port untuk tidur. Mossen, Hizam dan Boy juga sudah berhenti dan tidur. Hanya tinggal aku dan Abg Abas yang memancing.

Atas Bot, 7.00am, Ahad 12 April 2009.

Hari sudah pn cerah. Keadaan arus laut kembali laju dan sedikit bergelombang. Tidak ade lagi ikan menjamah umpan kami. Aku dan Abg Abas berhenti memancing. Sambil menunggu awak-awak membuat nasi goreng kami berbual-bual. Kawan-kawan yang lain juga sudah bangun dari tidur. Yang mabuk laut juga sudah nampak segar dan ceria sedikit. Tekong memberitahu kami selepas makan pagi nanti beliau akan membawa kami memancing di sekeliling pulau Tenggol dan Pulau Berih. Di sana nanti kami akan cuba kaedah popper dan trolling.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu


Atas Bot, 9.00am, Ahad 12 April 2009.

Selesai makan pagi, Bot mula bergerak menuju ke Pulau Tenggol. Semakin lama semakin hampir dengan pulau tersebut. Terdapat dua lagi pulau kecil berhampiran Tenggol. Kami kagum. Pemandangan yang cukup indah. Terasa macam bermimpi pulak.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Tekong sudah mula mengelilingi pulau. Mossen dan Hizam mengambil peluang untuk melakukan trolling.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Aku perhatikan pulau Tenggol ini mempunyai satu kawasan sahaja yang berpantai iaitu bahagian yang menghadap tanah besar. Selain dari itu hanya tebing batu. Di kawasan berpantai inilah terdapat chalet dan syurga bagi aktiviti selaman. Tidak ada ikan predator yang membaham gewang Mossen dan Hizam. Akhirnya tekong berlabuh di satu sudut Pulau Tenggol.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Kami akan mencuba kaedah popper dan juga memancing dasar.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Hampir sejam kami memancing di situ tiada ikan pun yang menjamah umpan. Mungkin takde rezeki kami. Tekong kembali menghidupkan enjin cuba mencari bahagian lain pula untuk berlabuh. Sekali lagi kami mengelilingi pulau Tenggol. Macam acara tawaf pulak. Sambil menanti bot berhenti kami menikmati pemandangan sekitar pulau tersebut.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Telah beberapa kali tekong cuba untuk melabuhkan sauh tapi tak berjaya. Aku tak berapa pasti apa masalahnya. Trip ini dah jadi macam trip melawat sambil belajar pulak hehe. Jam menunjukkan pukul 2.00pm. Cuaca tiba-tiba berubah secara mengejut.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Hujan turun dengan lebatnya. Tapi takde la ribut dan berangin. Gelombang berkeadaan seperti biasa. Sementara menanti hujan berhenti kami berbincang samada untuk meneruskan atau tidak memancing memandangkan ada antara kawan-kawan yang akan balik jauh ke rumah masing-masing. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menamatkan trip kami ini. Aku memaklumkan kepada tekong untuk balik ke jeti. Tekong hanya menurut dan bot bergerak meninggalkan Pulau Tenggol perlahan-lahan. Semakin lama semakin jauh kami meninggalkan Pulau Tenggol. Kami bertekad, Pulau Tenggol tunggulah kedatangan kami semula nanti.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu


Jeti, 5.30pm, Ahad 12 April 2009.

Kami sampai di jeti. Lega rasanya setelah dapat menjejakkan kaki di daratan. Semalaman dilambung gelombang. Badan baru terasa sakit-sakit. Kami mengemaskan peralatan pancing dan barang-barang lain lalu membawa turun dari bot. Tekong dan awak-awak melambakkan ikan hasil tangkapan.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
Kami membahagi-bahagikan hasil tangkapan pada masa itu juga kerana ade kawan2 yang akan terus pulang ke rumah masing-masing. Selesai mengemas dan memuatkan barang2 ke dalam kereta kami singgah di warung berhampiran untuk menumpang mandi. Badan masing2 dah berbau sotong. Selesai mandi kami makan dan minum. Terasa lama pulak tak menikmati nescafe ais. Sebelum bergerak meninggalkan bandar Dungun kami bersalam-salaman dengan kawan2 yang akan pulang jauh. Kami amat berpuas hati dengan trip kali ini. Sekali lagi kami dapat berkumpul walaupun pada mulanya Hizam telah menarik diri dari trip ini. Kami akan kembali...Insyaallah.
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu
From Pulau Tenggol, Dungun Terengganu

From Logo "ThecRew Anglers"