Friday, November 7, 2008

Nostalgia 3: Kelong Acheh: Episod 1


Lokasi: Kelong Acheh
Tarikh: 14hb & 15hb Julai 2007.

KELONG ACHEH!!!!!!!..Tak tercapai dek akal aku untuk memancing di Kelong. Nak di jadikan rezeki satu trip ke Kelong Aceh telah dirancang rapi oleh aku dan kawan2 satu ofis. Asalnya aku nak ajak kawan2 aku ke Tasik Kenyir tp sebab banyak sangat kerenah diaorg tu so aku tukar trip ke Kelong Acheh. Lagi pun Kenyir aku da sampai ke Kelong belum so nak jugak aku merasa memancing ke sana. Aku membuat tempahan 2 minggu sebelum tarikh trip. Tempahan dibuat dengan East Coast island Services Agency iatu syarikat yang menguruskan Kelong Acheh. Seramai 12 org menyertai trip ni. Semuanya officemate aku. Package 2 hari 1 malam ni berharga RM150.00/kepala. Emm..kali la 12 org. Aku memilih bilik saiz dorm bleh muat 12 org. Lepak reramai lagi syok. RM150/kepala tu tmasuk makan tengahari, dinner, supper dan breakfast. Huh!! rasa cam dok hotel lak. Dalam menanti tarikh 14hb Julai 2007 tu tiap2 hari aku memikirkan keadaan Kelong nih. Setahu aku masa aku blaja ilmu alam dulu kelong ni tempat nelayan letak pukat dan berehat. Makin hari makin tak sabar rasanya nak ke sana. Hari ke hari berlalu akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pn tiba. Sabtu, 14hb Julai 2007, 7.30 am kami berkumpul di parking kereta ofis aku. Kami akan pergi dengan 4 buah kereta. Pukul 8 am kami memulakan perjalanan. Kami singgah makan pagi di Tanjung Lumpur. Setelah setengah jam berhenti makan kami memulakan perjalanan kembali. Dalam perjalanan kami berbual-bual kosong sesekali kutuk mengutuk alatan pancing masing2. Sedar tak sedar kami da jauh meninggalkan bandar pekan dan hampir sampai ke Nenasi. Jauh lagi nih...aku ttidor.....Bila aku sedar..da sampai rompin. Jam menunjukkan pukul 10.20 pagi. Aku, yob dan shamsul berhenti di masjid rompin kerana menanti kawan2 yang lain yang masih belum sampai.



Sementara menunggu dapat la kami ke tandas membasuh muka dan buat apa2 yang patut. Tak lama lepas tu kawan2 yang lain pun sampai. Kami meneruskan perjalanan ke jeti Kg Penyabung. Akhirnya pukul 11.00 am kami sampai di jeti Penyabong. Wakil dr East Coast Island Services Agency, Cik Farah, da menanti ketibaan kami. Bot untuk membawa kami ke kelong pun da tersedia menanti. Setelah meletak kereta di tempat yang disediakan oleh Cik Farah kami mula membawa keluar peralatan pancing dan bag baju. Aku cuba memerhati kelong acheh dr jeti tersebut tp tak kelihatan tp pemandangan sekitar jeti tersebut memang menakjubkan. Kelihatan banyak pulau-pulau kecil disekitar termasuk la pulau acheh. Untuk sampai ke tempat bot yang menanti kami terpaksa berjalan lebih 100 meter di atas jeti yang dibina menganjur ke laut. Di kiri kanan ramai orang memancing dr atas jeti tu sebab mereka da kt tengah laut. Aku terpesona dengan pemandangan tersebut. Akhirnya kami sampai jugak ke bot yang menanti. Kami memunggah barang2 ke dalam bot dan mengambil tempat duduk. Setelah semuanya selesai bot pun bergerak meninggalkan jeti Kg Penyabong menuju Kelong Acheh. Debaran makin kuat. Makin tak sabar nak tgk kelong. Pulau-pulau sekeliling makin jelas. Sukar nak gambarkan keindahan dengan kata2. Dan persoalan aku da terjawab...patut la boleh buat kelong kt sini...memang sangat terlindung dr angin kuat kerana adanya pulau2 sekeliling. Dr jauh..berbalam-balam kelihatan satu binaan dr kayu ditengah laut....ye.....itu la dia KELONG ACHEH...hati kami makin meronta-ronta......BERSAMBUNG.

4 comments:

ThecRew said...

theCrew...aku recommend kita cuba dtg ke kelong acheh ni lagi...mmg best.sambil memancing sambil main 400.ni la memancing yang tak memenatkan badan..kita santai...

ladahill said...

AKU SETUJU, APA KATA BULAN JANUARI KITA G SANA? BOT BOLE HANTAR KE MASA TU? KALAU DAH SAMPAI KELONG TK KISAH DAH KALAU GELORA PUN. MASA TENGAH GELORA IKAN MAIN KAT TEPI2 AJE, KALU DIA MAIN KAT TENGAH2 LAUT NUN NANTI LEMAS PULOK .....HAHAHAHA

ThecRew said...

ok lada...ko cuba confirm ngan mossen n boy...januari kita gi sana...tk gelora..sana tlindung...kita santai beb.

azzasha said...

mana boleh pergi..gelora...nak gie kelong belah pantai barat lerr..tapi badan memang tak penat.. mental penat sebb ikan tu seberapa..korang tu semua d ah rasa ikan besar..kang boring lak