Sesi memancing tiba lagi!!!!. Kali ini tidak semua ahli 'The Crew' menyertai trip kerana kesibukan kerja. Trip kali ini lebih kepada trip 'keluarga' hehe..kerana yang menyertai ialah kedua-dua adik aku (ahli Thecrew) pak sedara aku ariff,2 sepupu aku Haidil dan Ned serta kawan sekerja adik aku, Amar.
Ketiga-tiga mereka ini adalah first timer dalam pancingan laut nih.
'Strike' pertama itu telah menghangatkan suasana terutama kepada 3 org first timer tu..heheh. Di bahagian belakang bot, tekong Ah Hong dan Anas bergilir-gilir menaikkan sotong mengabang dan jarum.Tiba-tiba di bahagian depan bot menjadi riuh pula apabila rod Ned melenkung kuat. Tali tidak henti-henti kluar.Ned panik.Maklum la rookie :p hehe.Lan pantas menyambar rod dr Ned sebelum rod dan ned jatuh kelaut.
Selepas itu setiap org dr kami sibuk menaikkan ikan.
Aku bertukar tempat ke bahagian blakang bot dgn tujuan utk cuba bermain jig. Emm...lebih kurang 4 kali balingan, rod aku disentak kasar oleh ikan.Aku da berangan ebek yang sangkut...emm rupa2nye kerapu lagi.
Betul la kata tekong Ah Hong lubuk ni lubuk kerapu.Seronok betul aku tgk sepupu2 aku menaikkan ikan.hilang rasa mabuk mereka.
Amar pn nampak ok walaupn da bersila sambil pejam mata da.tak tau la mabuk ke mengantuk.
Sedar tak sedar da pukul 5.00pm.Kaki langit da gelap kerana nk ribut.Tekong memberi isyarat menaikkan kan pancing masing2.Bot bergerak laju menuju ke muara sg pahang.Angin semakin kuat dan hujan mula lebat sewaktu aku tiba di muara.Ah Hong terus memecut laju bot di dalam sg pahang menuju jeti.Tiba-tiba....BUSHHHHH!!!!!!...bot terhenti serta merta.kami terkejut.Rupa2nye bot tersalah masuk ke laluan air yg cetek.
Ah Hong meminta kami membantu menolak bot.Aku suspen jugak nk turun sb maklum le tengah2 sungai.Tapi apabila melihat anas turun rupa2nye air paras betih je.
Lebih kurang 20 minit bot berjaya ditolak ke tempat laluan air yg dalam sikit.Kami sampai ke jeti pukul 6.30pm.Selesai memunggah peralatan kami singgah makan di restoran berhampiran.kepuasan jelas terbayang di muka masing2 dan bertekad akan pergi lagi satu hari nnt.Sebelum berhenti, ade nasihat utk sepupu2 aku yg ikut tu, nnt kalau ade rezeki kita pegi pastikan bawa peralatan yg sesuai.rod jgn bawa rod pantai kerana menganggu pergerakan atas bot,cara pancingan laut lebih sesuai menggunakan tanduk drpd menggunakan cara pancingan di sungai dan akhir sekali kekili takpe kalau kuar duit lebih sedikit beli yg berjenama yg da tentu ketahanannye.takla patah semasa blwn dgn sotong megabang :p......SEKIAN.
4 comments:
ada org takut masuk sungai ke?? hehe...
ebek oh ebek..di mane engkau...hehe gambar shittong mane man? shittong pancut muka...hehe ;p
haha.. shittong A.K.A The Kracken! anyway good job bro!! with the posting...
-Below Average Angler, The only shaggyea!-
shittong tak ada gambar lak. rasa gian lak nak gie mancing semula. Ned...bila nak gie survey mesin pancing?
Post a Comment