Wednesday, June 4, 2014

Mencandat Sotong 2014 - Marang Terengganu

Kerana kesibukkan kerja kami terlepas peluang mencandat tahun lepas. Tahun ini selepas berjaya menyewa bot kami ke Marang lagi untuk aktiviti mencandat.
Kami berlapan berlepas ke Marang pada 31hb Me1 2014. Seperti biasa bot akan bergerak keluar ke laut selepas Asar.
Keadaan laut agak bergelora pada hari itu. kami mula mencandat sebaik sahaja bot menurunkan sauh.
Hasil pada kali ini tak sebaik hasil pada trip-trip yg lepas. Sotong kurang galak mengejar candat kami. Menurut kata tekong bulan gelap pada masa itu..mungkin lah kot.
Apa-apa pun semua antara kami berjaya menaikkan sotong. Sikit atau banyak itu rezeki yang Allah telah tetapkan kepada kami. Yang penting kami beriadah dan 'release tension'. Pagi Ahad, kami sampai ke jeti lebih kurang pukul 8.30 pagi. Selepas mandi kami sarapan dan bergerak pulang ke Kuantan.
Insyaallah kita akan bersama lagi pada trip akan datang.

Tuesday, May 27, 2014

TRIP-TRIP YANG LALU ( 2010-2013 KUALA PAHANG-TIOMAN-PEMANGGIL )

June 2014 trip ke Tioman lagi...tak sabar bertemu kawan-kawan dan bertarung semula setelah 5 bulan berehat dari memancing...Jumpa nanti...

Monday, June 28, 2010

Candat Sotong 2010

Tarikh: 7hb Mei - 8hb Mei 2010
Lokasi: Marang, Terengganu.







Thursday, January 28, 2010

Mencandat Sotong

Selepas kejayaan trip ke Kelong Acheh pada Julai 2007 yang lalu, staf-staf KSB yang mengikuti trip tersebut semakin berminat dengan sukan pancing. Aura memancing telah meresap ke dalam jiwa setiap dr mereka. Oleh kerana minat yang mendalam yang ditunjukkan oleh mereka dan aku pun dah letih dengan pertanyaan "bila lagi nk memancing?" maka, pada 4 Julai 2009 aku telah menganjurkan satu trip khas buat Team KSB. Berbeza dengan trip ke Kelong Acheh dahulu, kali ini ke laut lepas. Bukan memancing tetapi mencandat sotong. Trip mencandat sotong ini menjadi trip pertama bagi staf2 KSB menaiki bot jauh ke tengah laut melepasi Pulau Kapas.

Setelah semua persiapan dibuat, pada hari Sabtu 4hb Julai 2009 seramai 8 orang staf KSB iaitu En Razak,Azam,Sham,Wan,Shamsul,Sheikh,Eddy dan aku berangkat menuju ke Marang Terengganu. 4 orang lagi telah menarik diri disaat-saat akhir. Kami memulakan perjalanan tepat jam 11 pagi. Masing-masing sibuk berbual tentang bagaimana nak mencandat, macamana nak rasa sotong da makan candat. Aku takleh nak bagi info banyak sangat sebab aku pun jarang mencandat. Yang pastinya aku tak pernah mengikuti trip yang hanya semata-mata mencandat sotong bermusim seperti di Marang ini. Setakat mencandat sotong buat umpan segar pernah lah tapi aku yakin secara teorinya sama sahaja.

Kami singgah di Meraga Beris, Kijal untuk makan tengahari.
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong


Waktu itu hampir pukul 1 tengahari. Kami masih ade 2 jam lagi sebelum bot yang akan bertolak keluar pada pukul 3.30 petang. Selesai makan kami menyambung kembali perjalanan. Sepanjang jalan melalui Rantau Abang aku melihat angin bertiup sangat kencang. pokok2 kelapa terhoyong hayang ditiup angin. Hatiku berdetik mengatakan gelombang besar nanti di lautan. Ketika itu juga azam asyik bertanyakan tentang tiupan kencang tersebut tetapi aku hanya mengatakan tiupan kencang itu hanya di darat.

Ketika kami hampir sampai ke Marang, Sham menelefon aku mengatakan tekong bot menunda jadual keluar kerana angin kuat. Aku tidak memaklumkan kepada kawan2 yg menaiki kereta bersamaku utk tidak mematahkan semangat mereka. Apa2 pn tggu sampai dijeti br aku akan berbincang dengan tekong.
From Mencandat Sotong

Akhirnya, kami sampai dijeti Marang. Sham telah menunggu aku. Setelah meletak kenderaan di parkir kami menuju ke sebuah warung berhampiran utk bertemu dengan tekong. Semasa berjalan itulah kelihatan bot2 pelancung dr Pulau Kapas tiba dijeti dan kesemua penumpangnya basah kuyup. Aku tergelak apabila Eddie mengatakan kenapa diaorg nih lepas berenang terus naik bot balik padahal itu semua gara2 gelombang besar di laut. Setelah sampai di warung, kami memesan minuman dan tidak lama kemudian tekong pun sampai di warung tersebut. Tekong memaklumkan kepada kami yang angin sangat kencang dan gelombang besar. Boleh keluar tetapi tekong kesian kerana rata2 kali pertama keluar ke laut.Khuatir kami kemungkinan tidak boleh lansung mencandat nnt. Kami pn berbincang dan boleh dikatakan hampir semua kawan2ku mahu membatalkan trip mencandat ini kecuali sham dan En Razak yang mahu meneruskan. Aku mengambil langkah ditengah2...kalau nk pergi aku pergi..kalau batal aku ikut.

Tekong kembali ke jeti. Di jeti kelihatan ramai rombongan2 persendirian dan syarikat2 yg juga membuat trip mencandat menanti angin reda untuk keluar ke laut. Kami terus lepak di warung sambil minum dan merancang tarikh lain utk keluar mencandat. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali. Waktu itu hampir pukul 5 petang. Hampir setengah jam, hujan berhenti bersama-sama dengan angin yang tadinya kencang kini reda. Tidak lama kemudian tekong menelefon sham mengatakan kami boleh keluar ke laut. Apalagi, kami bergegas ke kereta masing2 mengambil peralatan dan barang2 makanan menuju ke bot. Kelihatan bot2 yang lain juga sudah mula dipenuhi oleh rombongan2 candat.
From Mencandat Sotong

Bot kami sangat besar dan bersih sekali. Dilengkapi dengan tandas, dapur dan televisyen. Memang bot ini dikhaskan utk tujuan pelancungan pada musim mencandat. Setelah semuanye berada di atas bot, tekong menghidupkan enjin dan memulakan perjalanan keluar dr jeti ke muara. Bot kami diikuti oleh 3 lagi bot yang sederhana besarnya perlahan-lahan menuju ke muara.
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong


Hampir sampai ke muka muara terasa angin kembali bertiup kencang. Gelombang kuat serta ombak yg memukul masuk muara kian terasa.
From Mencandat Sotong

Kawan2ku yang tadinya riuh mula diam apabila bot terumbang ambing ke kiri dan kanan. Masing2 yang tadinya berdiri mula duduk. Keluar sahaja bot dari muara apa yang aku fikirkan tadi mula menjadi kenyataan. Gelombang masih kuat. Bot kami dilambung dan kadang2 keadaan gelombang lebih tggi dr bot. En Razak terus baring dan diikuti oleh Eddy dan Sheikh. Kecundang.
From Mencandat Sotong

Waktu itu hampir pukul 6.30 petang. Sewaktu kami melalui berhampiran Pulau Kapas, sekali lagi tekong bertanyakan samada kami ingin meneruskan atau singgah di Pulau Kapas. Aku tidak memberikan sebarang komen kerana aku menantikan jawaban dr kawan2ku yg lain. Akhirnya Sham menjawab untuk meneruskan perjalanan ke spot mencandat. Tekong mengikut kehendak kami. Kelihatan 2 bot yang sederhana besar mula berpatah balik ke arah Pulau Kapas. Tinggal bot yang aku naiki dan sebuah lagi yg sama saiz dengan bot kami.

Kami makin jauh meninggalkan Pulau Kapas. Gelombang semakin keras. Shamsul dan Wan akhirnya terbaring juga. Aku yang tadinya tenang mula terasa gerun dengan keadaan gelombang. Akhirnya aku mengarahkan semua rakan2ku memakai jaket keselamatan. Keadaan semakin gelap. Sudah pukul 7.45pm. Akhirnya bot memperlahankan pergerakkan dan mencari tempat utk melabuhkan sauh di spot pertama itu. Apabila sauh dilabuhkan, keadaan bot terumbang ambing ke kiri dan ke kanan menyukarkn utk berdiri. Tekong mengeluarkan alatan candat yang memang disediakan. Aku, sham, azam,shamsul dan wan mula mencari tempat utk melepaskan candat. Sham mengambil tempat di hadapan. Azam di tengah manakala aku, shamsul dan wan di blakang. Sungguh sukar utk mencandat dalam keadaan tidak boleh lansung berdiri. Bagi diri aku mungkin sudah biasa tetapi bagi kawan2 aku mmg pening. Akhirnya shamsul dan wan menyerah kalah pada keadaan kembali baring kerana pening. Tinggalah aku bertiga sahaja yang mencandat.

Arus laju. Kami terpaksa menggunakan batu ladung untuk membolehkan candat mencecah dasar. Sedang aku melayani ayunan bot sham bersorak dibahagian hadapan bot.
From Mencandat Sotong

Kelihatan 2 ekor sotong yang boleh tahan besarnya tergantung di mata candat. Melihat keadaan itu aku dan azam kembali bersemangat. Sotong dah mula membaham candat. Hari sudah pn gelap. Jam menunjukkan pukul 8 mlm. Aku melihat azam menggulung laju seratnya.
From Mencandat Sotong

Semakin hampir ke permukaan air semakin jelas kelihatan 2 ekor sotong tergantung di candat azam. Keluar sahaja sotong dr permukaan air bersemburlah cecair hitam ke udara. Kami bersorak. Kawan2 yang mabuk turut bangun melihat sekejap kemudian kembali layu. Tidak lama kemudian aku juga berjaya menaikkan seekor lagi sotong di lubuk pertama itu.
From Mencandat Sotong


Jam menunjukkan pukul 9 mlm. Tekong mengarahkan kami menggulung candat. Kami akan berpindah ke spot 2 berhampiran dengan Pulau Kapas menghadap ke laut lepas. Enjin dihidupkan dan bot kami bergerak meninggalkan spot 1 menuju ke spot 2. Kami dapat melihat cahaya dr Pulau Kapas. Semakin hampir semakin byk api seperti keadaan pasar malam. Apabila kami tiba rupa2nya cahaya2 itu datangnya dr bot2 candat yang telah byk berkumpul dikawasan itu. Bot2 yang berlindung di Pulau Kapas telah keluar apabila angin kencang reda. Kami seronok melihat pemandangan sebegini. Setiap kali bot kami melalui berhampiran bot2 disitu ade sahaja orang menaikkan sotong. Besar-besar sotong dikawasan ini. Kami makin tidak sabar. Nampaknya di spot 2 ini kami akan mencandat bertiga lagi kerana kawan2 lain yang mabuk tidak menunjukkan tanda2 akan bangun.

Di spot 2 inilah pesta sotong kami bermula. Tak menang tangan kami menaikkan sotong.3 mata candat yang kami gunakan ketiga-tiganye di baham sotong. Aku dan sham bergilir-gilir menaikkn sotong. Sekali sekala azam juga menghangatkan suasana dengan sotong yang dinaikkannya. 2-3 kali aku disembur dgn air sotong. Baju MU aku habis hitam. Ini kerana gara-gara menyangkakan yang sotong telah habis memancutkan airnya tetapi rupanya sotong besar nih bleh menyemburkan air byk kali. Aku melihat azam muntah tp dia tetap terus mencandat. Memang banyak sungguh sotong dikawasan ini. Aku terkilan kerana kami tidak sempat mengambil sebarang foto kerana kameraman kami mabuk teruk.

Pukul 1 pagi sekali lagi tekong kami bertukar tempat ke spot 3. Di kawasan ini tak kurang hebatnya berbanding di spot 2. Sotong banyak dan besar-besar. Kami terus berpesta. Tekong dan awak2 kami turut membantu. Mungkin mereka pn tak dapat menahan apabila melihat sotong yang dinaikkan oleh kami. Betul2 disebelah kami ade sebuah bot. Yang seronoknya kesemua pencandatnya adalah wanita. Kami memanggil kawan2 kami yang mabuk supaya bangun mencandat. Malulah kan sebab perempuan steady je mencandat.hehehe. tapi kalau da mabuk tu takkan bangunnya. Di spot 3 ini azam mmg bertuah. Sotong asyik membaham candatnya sahaja. Aku dan sham hanya sekali sekala sahaja menaikkan sotong. Aku mengubah tempat kesebelah azam tp tetap jgk sotong tu melekat di candat azam. Huh ni dah sah main jampi nih.

Pukul 5 pagi kami semakin keletihan. Sotong pn da semakin berkurangan. Suasana pagi sungguh sejuk sekali. Sedang kami melayan mata yg semakin layu tiba-tiba kami dikejutkan oleh gerombolan ikan aya yang sgt banyak bermain di kawasan lampu spotlight bot.Sungguh banyak, besar dan laju. Kami teruja. Aku memasang appolo utk mencuba nasib tp lansung tak dilayan oleh aya. Hampir 20 minit bermain di bot kami gerombolan ikan itu berpindah ke bot lain pula.

Pukul 7 pagi kami meninggalkan spot 3. Kami bergerak untuk balik ke jeti Marang. Di dalam perjalanan tekong singgah di unjam. Kami mencuba nasib memancing ikan. Hanya ikan2 kunyit yang dapat kami naikkan di kawasan itu. Setelah melihat keadaan kawan2 kami yang semakin lembik akibat mabuk akhirnya kami mengarahkan tekong segera kembali ke jeti. Bot bergerak laju meninggalkan unjam menuju jeti. Di dalam perjalanan awak2 menggoreng nasi dan sotong kunyit. Memang enak makan sotong yang fresh. Kawan2 yang mabuk semuanya telah bangun dan segar. Pelikkan..sebut je nak balik terus segar..hahahaha.
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong


Kami sampai di jeti hampir pukul 10 pagi. Bot berlabuh dan kami mula memunggah barang2 serta hasil candat ke atas jeti. Setelah ditimbang hampir 40kg sotong yang kami tangkap.
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong
From Mencandat Sotong

Wahhh..3 org sahaja yang mencandat. Bayangkanlah kalau semua kami dapat mencandat.Setelah menyelesaikan bayaran bot kami bergerak ke kereta masing2 untuk menyimpan semua peralatan. Setelah mandi kami terus bergerak ke arah Kuala Terengganu dan berhenti disebuah restoran untuk makan pagi. Acara seterusnya ialah ke Pasar Payang dan selepas itu kami balik ke Kuantan.
Memang sangat menyeronokkan mencandat sotong dan kami bercadang pada Mei 2010 nnt kami akan kembali semula ke Marang untuk mencandat. Terimakasih kepada sahabat2 ku yang sangat sporting dan bersemangat. Kita akan bersama lagi nanti.Tungguuuu.