Tuesday, March 10, 2009

Batu Berhala

Hari yang ditunggu-tunggu dah pn tiba setelah sebulan lebih merancang. Trip kali ini ke perairan nenasi iaitu sekitar lubuk-lubuk di Batu Berhala. Dalam banyak2 trip inilah trip yang paling ramai sekali yang menyertainya. 21 orang semuanya dibahagikan kepada 3 bot.

Bot 1:
1)Man
2)Boy
3)Mossen
4)Hizam
5)Kerul
6)Abg ipar Hizam

Bot 2:
1)Hj Lan
2)Ya
3)Abg Abas
4)Pakcik Ariff
5)Uncle Dan
6)Ned
7)Haidil

Bot 3 : Terdiri drpd 8 orang sahabat-sahabat dr Petronas(Geng Amar)

Maka pada hari Jumaat 6 hb Mac 8.00pm, kami bergerak ke Nenasi. Seperti biasa Pok Mat Megi menyediakan beberapa buah bilik utk kami bermalam dan meletak barang2 kerana subuh 7hb Mac kami akan keluar ke laut.

Malam itu kami membuat pemeriksaan terakhir pada alat-alat pancing. Ade yang membuat perambut dan ade yang memasang mata pd jig.
From Batu Berhala

Tok guru Mossen sedang menunjukkan cara-cara mengikat perambut dawai.
From Batu Berhala

Kerul ni melawa je lebih tapi saat-saat akhir tarik diri dr trip.
From Batu Berhala


Sabtu,7hb Mac 2009 5.00am kami semua telah bersedia untuk berangkat. Semua alatan pancing dipunggah naik ke atas bot masing2. Kami akan bersarapan di atas bot dalam perjalanan keluar nnt. Setelah azan subuh dan bersembahyang kami menaiki bot dan memulakan perjalanan.

Rod-rod tersusun rapi di atas bot.
From Batu Berhala


Ahli-ahli dr Bot 1.
From Batu Berhala


Ahli-ahli dr Bot 2.
From Batu Berhala


Ahli-ahli dr Bot 3.
From Batu Berhala


Perlahan-lahan bot meninggalkan jeti. Dalam kedinginan dan kegelapan subuh bot-bot kami bergerak menuju ke kuala dan seterusnya keluar ke laut. Dalam perjalanan keluar itu ade kawan2 yang mengambil kesempatan menyambung semula tidur.

AKSI-AKSI DR BOT 1:-

Pemandangan matahari terbit yang sungguh cantik.
From Batu Berhala


Menanti umpan dibaham oleh ikan.
From Batu Berhala


Mossen sedang bertarung dengan ikan tenuk.
From Batu Berhala

From Batu Berhala

From Batu Berhala


Hizam berjaya menaikkan seekor tenggiri.
From Batu Berhala


Pemandangan Pulau Batu Berhala.
From Batu Berhala

From Batu Berhala

From Batu Berhala


Boy sedang bertarung dengan ikan Aruan Tasik.
From Batu Berhala

From Batu Berhala

From Batu Berhala

From Batu Berhala


Aku sedang bertarung dengan Talang tp akhirnya Talang yang menang.

From Batu Berhala

Talang yang jelas di depan mata...huhuhu
From Batu Berhala


Berehat seketika sebelum menyambung semula memancing.
From Batu Berhala

From Batu Berhala



AKSI-AKSI DR BOT 2:-

Pemandangan yang sangat menakjubkan diambil dr bot 2. Aku suka sangat gambar nih.
From Batu Berhala


Ya sedang bertarung dengan tenggiri.
From Batu Berhala

From Batu Berhala

From Batu Berhala

From Batu Berhala

From Batu Berhala

From Batu Berhala


Hj Lan juga sedang bertarung dengan tenggiri tetapi tenggiri terlepas setelah menunjukkan diri dimuka air.
From Batu Berhala


Berbincang strategi br setelah tewas dengan tenggiri.
From Batu Berhala


Tetap ceria walaupn keletihan.
From Batu Berhala

From Batu Berhala

From Batu Berhala


AKSI-AKSI DR BOT 3 :-

Pemandangan kaki langit dr haluan bot.
From Batu Berhala


Tidur dulu sementara menanti bot sampai ke spot pancingan.
From Batu Berhala

From Batu Berhala


Amar hebat dengan tenggiri pada trip kali ni.
From Batu Berhala


Selepas itu Rokis pulak strike...tenggiri lg..
From Batu Berhala

From Batu Berhala

From Batu Berhala


Tenggiri yang ini aku tak berapa pasti siapa yang dapat...
From Batu Berhala

From Batu Berhala

From Batu Berhala


Sabar menanti tarikan ikan.
From Batu Berhala

From Batu Berhala

From Batu Berhala

From Batu Berhala


Perjalanan pulang ke jeti.
From Batu Berhala


Aku mengucapkan ribuan terimakasih kepada sahabat-sahabat yg menyertai trip pada kali ini. Insyaallah kita akan memancing lagi pada trip yang akan datang. Bagi aku, trip kali ini belum lagi berjaya sepenuhnya kerana pancingan dasar di kawasan unjam dan batu karang sangat kurang hasilnya. Ikan kerapu, merah, jenahak, bayan dan lain-lain masih belum menampakkan diri. Pada pendapat aku juga, bot sepatutnya mempunyai gps sendiri tidak berkongsi. Tekong sepatutnya mempunyai lubuk rahsia sendiri. Alat sonar juga tidak disediakan menyebabkan kita menghabiskan masa terlalu lama di satu tempat walaupn hasil sgt kurang. Aku tidak pasti samada faktor arus laut yg boleh dikatakan tiada lansung menyebabkan kurangnye hasil. Aku harap sahabat-sahabat dapat memberikan komen terhadap trip ini dan boleh dijadikan panduan pada trip seterusnya.

SEKIAN.