Tuesday, January 27, 2009

Karang Luas



Assalamualaikum.

Dah lama sangat aku rasa aku tak update blog nih. Apa-apa pun terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua sahabat-sahabat pancing aku. Kesibukkan kerja sedikit sebanyak menghalang aku mengemaskini blog nih. Walau bagaimana pun aktiviti memancing tetap aku teruskan juga sepanjang musim tengkujuh iaitu bulan disember 2008 yang lalu. Sekadar melepaskan gian aku hanya memancing kat tebing dan muara sungai je la.

From Kuala Penor


From Kuala Penor

Seperti yang telah dirancang tahun lalu, aku nak maklumkan kepada semua sahabat-sahabat trip memancing ke laut bakal bermula tak lama lagi. Insyaallah pada 7 Mac 2009 kita akan memancing ke Karang Luas. Mossen masih lagi menguruskan bot-bot yang bakal disewa nanti. Bot-bot?? banyak bot...ya...2 bot akan disewa kerana yang bakal menyertai nanti ramai. Pada mulanya aku merancang untuk bermalam iaitu 2 hari 1 malam tetapi setelah mengambil kira keadaan cuaca yang baru je habis musim monsun ni aku dan mossen sebulat suara menjadikan trip ni sebagai trip pemanas badan.

From Kuala Penor


From Kuala Penor

From Kuala Penor

Insyaallah kita akan bermalam di Karang Luas pada trip akan datang. So..sahabat-sahabat...kita ada masa lagi sebulan. Bolehlah periksa alat-alat pancing. Mana-mana yang tak cukup..tambahlah. Mana-mana yang takde beli lah. Aku da start tukar semua tali pancing aku. Tahun baru ni aku da berniat nak beli satu joran baru dan kekili baru. Tengah survey lagi nih. Apa-apa berita pasal trip Karang Luas ni akan aku update kan kepada sahabat-sahabat semua. So..tungguuuuuuuu...

From Kuala Penor
From Kuala Penor



From Logo "ThecRew Anglers"