Monday, July 28, 2008

Logo "ThecRew Anglers"

Assalamualaikum.

Untuk makluman semua ahli ThecRew, saudara Hizam da buat beberapa bentuk logo untuk kelab kita.Emm..aku da tgk n aku rasa semuanye lawo.So skang aku serahkan pada ahli-ahli lain plak utk bagi komen n buat pilihan yg mana satu utk kita rasmikan menjadi logo kepada "ThecRew Anglers".Korang semua sila bagi komen ekkk!!!emm..satu lagi...saudara Mossen n saudara Lan, korang da survey ke design T-shirt n cap.Nnt kita nk print logo atas tu.Jgn lupa pilihan warna sekali ek.
















Tuesday, July 22, 2008

Lawatan ke Pameran Bot Explorer Marine

Baru-baru ini iaitu pada 18hb Julai 2008 sehari sebelum trip memancing di Pekan 2 orang ahli ' ThecRew' Lan dan Ya serta sepupu aku telah pergi ke Serdang meninjau pameran bot Explorer Marine. Aku tak dapat bersama sebab bekerja pada hari tersebut.Dari gambar-gambar yang diambil memang dasat2 la bot yang dipamerkan kt situ.Cair jugak la air liur melihat bot lawo2.Masuk kali ni da 2 kali 'ThecRew' pergi ke pameran Explorer Marine nih.Tapi tak beli2 jgk bot.Emm...takpe....kami sentiasa menyimpan cita2 nak ade bot sendiri.Tunggu la...satu hari nnt....tp....SAPA NAK BAWAK BOT!!!!!!!!!!

Memancing di Perairan Pekan

Sabtu, 19hb Julai 2008.
Sesi memancing tiba lagi!!!!. Kali ini tidak semua ahli 'The Crew' menyertai trip kerana kesibukan kerja. Trip kali ini lebih kepada trip 'keluarga' hehe..kerana yang menyertai ialah kedua-dua adik aku (ahli Thecrew) pak sedara aku ariff,2 sepupu aku Haidil dan Ned serta kawan sekerja adik aku, Amar.




Ketiga-tiga mereka ini adalah first timer dalam pancingan laut nih.Kami bertolak seawal pukul 6.00 am dr Kuantan dgn menaiki 2 buah kereta. Setelah membeli makanan ringan di 7E dan aku pergi ,mengambil udang hidup utk dijadikan umpan, perjalanan ke Pekan pn bermula.Kami tiba di Pekan lebih kurang pukul 7.10am.Ariff telah sedia menanti di stesan petronas Pekan. Kami terus sahaja berhenti di Restoran Haji Latiff utk bersarapan. Tepat pukul 7.30am,selesai bersarapan kami terus sahaja ke jeti. Bot telah sedia menanti. Tekong kami kali ini ialah Ah Hong dan pembantunya saudara Anas. Setelah selesai memunggah peralatan ke dalam bot perjalanan kami pn bermula. Cuaca pada pagi itu sangat baik. Bot meluncur laju menggunakan 2 enjin Mercury 115 kuda setiap satu. Lebih kurang sejam perjalanan dr muara kami tiba di lubuk yang pertama.Kedalaman air lebih kurang 40-50 kaki. Kami mula memasang umpan udang hidup lalu terus mencampak ke sasaran.Ah Hong dan Anas tidak ketinggalan mencandat sotong utk dijadikan umpan.Tidak sampai 15 minit, Ariff telah membuat 'strike' pertama. Joran melengkung, kami semua teruja melihat aksi Ariff menaikkan ikan pertama. Tenang melayan tarikan ikan akhirnye seekor ikan kekacang selamat dinaikkan.'Strike' pertama itu telah menghangatkan suasana terutama kepada 3 org first timer tu..heheh. Di bahagian belakang bot, tekong Ah Hong dan Anas bergilir-gilir menaikkan sotong mengabang dan jarum.Tiba-tiba di bahagian depan bot menjadi riuh pula apabila rod Ned melenkung kuat. Tali tidak henti-henti kluar.Ned panik.Maklum la rookie :p hehe.Lan pantas menyambar rod dr Ned sebelum rod dan ned jatuh kelaut. Lan melayan tarikan ikan.Tali terus berdesit kluar.Semua org menanti ikan ape yg dasat nih..hehe.Akhirnye tandatanya terjawab.Seekor bayan terlekat kemas pada mata kail. Sedang aku sibuk memerhati sepupu2 aku memancing, rod aku pula bergegar.Tapi aku rilek je sb otai n ikan kurang melawan.hehe. Emm...kerapu je rupanye.Selepas itu setiap org dr kami sibuk menaikkan ikan. Aku bertukar tempat ke bahagian blakang bot dgn tujuan utk cuba bermain jig. Emm...lebih kurang 4 kali balingan, rod aku disentak kasar oleh ikan.Aku da berangan ebek yang sangkut...emm rupa2nye kerapu lagi.Betul la kata tekong Ah Hong lubuk ni lubuk kerapu.Seronok betul aku tgk sepupu2 aku menaikkan ikan.hilang rasa mabuk mereka.Amar pn nampak ok walaupn da bersila sambil pejam mata da.tak tau la mabuk ke mengantuk.Sedar tak sedar da pukul 5.00pm.Kaki langit da gelap kerana nk ribut.Tekong memberi isyarat menaikkan kan pancing masing2.Bot bergerak laju menuju ke muara sg pahang.Angin semakin kuat dan hujan mula lebat sewaktu aku tiba di muara.Ah Hong terus memecut laju bot di dalam sg pahang menuju jeti.Tiba-tiba....BUSHHHHH!!!!!!...bot terhenti serta merta.kami terkejut.Rupa2nye bot tersalah masuk ke laluan air yg cetek.Ah Hong meminta kami membantu menolak bot.Aku suspen jugak nk turun sb maklum le tengah2 sungai.Tapi apabila melihat anas turun rupa2nye air paras betih je.Lebih kurang 20 minit bot berjaya ditolak ke tempat laluan air yg dalam sikit.Kami sampai ke jeti pukul 6.30pm.Selesai memunggah peralatan kami singgah makan di restoran berhampiran.kepuasan jelas terbayang di muka masing2 dan bertekad akan pergi lagi satu hari nnt.Sebelum berhenti, ade nasihat utk sepupu2 aku yg ikut tu, nnt kalau ade rezeki kita pegi pastikan bawa peralatan yg sesuai.rod jgn bawa rod pantai kerana menganggu pergerakan atas bot,cara pancingan laut lebih sesuai menggunakan tanduk drpd menggunakan cara pancingan di sungai dan akhir sekali kekili takpe kalau kuar duit lebih sedikit beli yg berjenama yg da tentu ketahanannye.takla patah semasa blwn dgn sotong megabang :p......SEKIAN.


Tuesday, July 1, 2008

Welcome to The Members


Assalamualaikum,

Kepada semua YB, hari ini bermulalah satu episod baru kepada aktiviti yang kita sama-sama jalani dan lalui iaitu hobi memancing kita.Bermula hari ini kita sama-sama dapat kumpulkan segala pengalaman memancing yang kita lalui bersama-sama dari dahulu hingga yang kita bakal rancangkan pada masa akan datang.Sudah lama kita merancang untuk menghasilkan satu jurnal yang dapat kita gunakan untuk mengumpul cerita pengalaman memancing, memberi tip-tip berkaitan memancing, foto-foto trip memancing dan berbagai-bagai lagi yang dapat kita kongsi sesama teammate kita.Nah...hari ini, lahirlah satu blog yang merealitikan harapan kita selama ini.YB-YB sekalian, hari ini, anda semua telah diberi kelayakkan untuk bersama-sama mengambil bahagian mengemaskinikan blog ini.Anda semua bebas menghantar segala pengalaman yang mungkin saya atau kawan-kawan yang lain terlupa untuk dikongsikan bersama. Anda bebas untuk menghantar foto-foto trip kita yang mungkin kawan-kawan yang lain belum melihatnya. Anda bebas memberi idea-idea atau tip-tip memancing yang dapat kita gunakan untuk menambah ilmu kita bersama.YB Hizam, YB Mossen, YB Akmal, YB Khairul, YB Haji dan YB Ya anda semua adalah tulang belakang kepada 'ThecRew Anglers'.